Penulisan2u
Single Terlalu Lama! Oleh Pynat Mouri
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Single Terlalu Lama! Oleh PyNat Mouri
Single Terlalu Lama! karya PyNat Mouri membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Mika. Shazrimin, welder yang ditinggalkan kekasih angkara kerjayanya yang tak menjanjikan masa depan. Hidup bujang diteruskan walau bermacam tohmahan dan umpat keji diterima. Pertemuan dengan salah seorang team member di tempat kerja membuatkan dia jatuh hati.
Sinopsis Novel Single Terlalu Lama!
Shazrimin, welder yang ditinggalkan kekasih angkara kerjayanya yang tak menjanjikan masa depan. Hidup bujang diteruskan walau bermacam tohmahan dan umpat keji diterima.
Pertemuan dengan salah seorang team member di tempat kerja membuatkan dia jatuh hati. Namun disimpan rasa hati yang sentiasa membelenggu dan mengusik perasaan. Mana mungkin dia mencintai lelaki?! Haram!
Mikanadyra. Kehadirannya sering membuatkan jantung Jimin sentiasa berdebar dan tak menentu. Tanpa usikan dan pertelingkahan, ibarat hari Jimin tak lengkap. Mikanadyra yang kasar, kuat menjeling, mulut celopar tapi kaki sentap!
“Jangan sesekali berani buka mulut canang kat bengkel yang aku bawa kau balik kampung. Pastikan mulut kau tu zip elok-elok.” – Jimin
“Kalau aku ter… Juga, kau nak buat apa?” – Mika
“Aku welding mulut kau. Ingat tu!” – Jimin
Hubungan mereka kian mesra. Keluarga Jimin juga merestui cinta mereka namun, percintaan mereka terhalang angkara ibu Mika yang menjadikan kerjaya Jimin sebagai isu.
“Boleh tak kau serius sikit? Tak kesian kat aku ke? Aku ni yang tersepit antara…” – Mika
“Antara aku dengan famili kau? Macam tu? Kalaulah kau rasa tersepit… Tak tahu nak buat pilihan… Senang saja. Kau pilih famili. Aku okey, jangan jadi anak derhaka. Mungkin kita tak ada jodoh.” – Jimin.
Habis tu? Macam mana dengan perhubungan mereka? Takkan Jimin nak biarkan cintanya terputus di tengan jalan sekali lagi? Nak membujang sampai bila, Jimin oi?!
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Single Terlalu Lama!
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
- Kekeluargaan
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.