• 8554
1

Fajar Pakeer

Seperti Kisah Indah Oleh Richie Rachman

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Seperti Kisah Indah Oleh Richie Rachman

Seperti Kisah Indah karya Richie Rachman membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Katrina. Bahagia yang diimpi, derita yang menghampiri. Begitulah perjalanan awal hidup seorang Katrina. Ketika mengenali cinta pertama, dia bagaikan alpa dengan tujuan hidupnya. Keluarga tersayang dimusuhi saat hasratnya ditentang. Belum sempat dikhabarkan tentang

Sinopsis Novel Seperti Kisah Indah

Bahagia yang diimpi, derita yang menghampiri. Begitulah perjalanan awal hidup seorang Katrina.

Ketika mengenali cinta pertama, dia bagaikan alpa dengan tujuan hidupnya. Keluarga tersayang dimusuhi saat hasratnya ditentang. Belum sempat dikhabarkan tentang benih cinta yang sedang membesar di rahimnya, sang suami menyepi setelah kembali ke tanah airnya. Tinggallah dia sendirian berjuang untuk hidup dengan anak yang dikandung.

Aturan-Nya, dikirim seorang malaikat bernama Mustaqim saat kehilangan. Lalu Katrina akur pada kehendak takdir demi seorang makhluk kecil yang diberi nama Indah Sephia.

Biarpun dibesarkan dengan penuh perhatian dan kasih sayang, namun jauh di sudut hati, ada kekosongan yang dirasakan. Akhirnya dia nekad menjejak kasih hingga ke luar negara.

Misi yang dirancang menemukan Indah dengan dua jejaka yang tak kurang hebatnya. Irfan yang manis dan sanggup berkorban nyawa; Ramzan jejaka militan yang bengis tetapi sangat melindungi.

I ikhlas menawarkan diri kerana mahu melindungi you and memastikan keselamatan you. - IRFAN

Jika harapan itu menjadi kenyataan, aku bersumpah akan terus setia menjaga kamu sehingga maut menjemput kita. – RAMZAN

Hatiku tahu, siapa akan menjadi pemenangya… - INDAH

Berjayakah Indah merealisasikan misinya menjejaki orang yang paling penting dalam hidupnya apabila dia menjadi mangsa penculik kumpulan militan?

Atau dia harus melupakan segala-galanya dan mencari jalan pulang ke pangkuan keluarga?

Mampukah pintu yang terkunci rapat terbuka untuk memberi sedikit sinar walaupun cuma seketika?

Jika ini adalah permintaan terakhir. Semoga satu hari nanti kau mengerti, sesuatu yang indah tidak selamanya menyatu, ia akan tenggelam bersama kelamnya waktu.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Seperti Kisah Indah

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Richie Rachman

  • Aletta Richie Rachman Terbitan April 2025
  • Karma Kisah Merantai Sukma