• 7416
1

Al-Hidayah

Sejarah Lengkap Nabi & Rasul Dalam Al-Quran

Regular price
RM 79.00
Sale price
RM 79.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sejarah Lengkap Nabi & Rasul Dalam Al-Quran

Sejarah Lengkap Nabi & Rasul Dalam Al-Quran ialah buku karya Abu Mazaya Al-Hafiz yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami kandungan Al-Quran melalui penerangan, tafsir atau panduan bacaan.

Sinopsis Buku Sejarah Lengkap Nabi & Rasul Dalam Al-Quran

Di tengah kehidupan moden di mana umat manusia mula hanyut terlena dengan kehidupan duniawi, ramai di antara mereka yang kehilangan panutan dan mengalami krisis nilai akhlak. Ajaran agama tidak lagi diendahkan, sifat saling menghormati antara satu sama lain kian memudar dan hukum yang berlaku kini adalah sama dengan hukum yang berlaku di dalam hutan belantara. Orang yang lebih tua tidak lagi menyayangi orang lebih muda dan demikian pula yang, muda tidak lagi menghormati yang tua.

Idola generasi muda masa kini adalah para artis, pelakon dan penyanyi, di samping saluran-saluran media jarang menampilkan program-program yang dapat menanamkan nilai-nilai akhlak dan memaparkan kisah-kisah tokoh panutan. Inilah yang disebut dengan zaman krisis panutan. Ramai di antara kita sebagai umat Islam yang tidak lagi hafal dengan nama-nama para nabi dan rasul, apatah lagi untuk mentauladani jejak langkah mereka.

Buku ini hadir untuk mengungkap sejarah hidup para nabi dan rasul di dalam al-Qur’an dengan harapan kehidupan mereka dapat dicontohi dan diamalkan dalam kehidupan kita seharian. sebelum ini telah banyak karya ditulis yang membahaskan kisah para nabi dan rasul, namun buku ini memiliki keistimewaan yang antara lain adalah perbahasan yang sistematik, gaya bahasa yang mudah difahami dan bersesuaian untuk semua kalangan.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Meningkatkan kefahaman terhadap Al-Quran.
  • Membantu penghayatan ayat-ayat suci.
  • Sesuai dijadikan rujukan pembelajaran.
  • Menggalakkan tadabbur Al-Quran.

Maklumat Buku

  • Penulis: Abu Mazaya Al-Hafiz
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789830998169
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar.
  • Guru.
  • Keluarga Islam.
  • Pembaca umum.