Fajar Pakeer
Sedang Suka Kamu Oleh Nor Hasnida
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sedang Suka Kamu Oleh Nor Hasnida
Sedang Suka Kamu karya Nor Hasnida membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Mika. Perceraian dengan Zafira membuat dia menutup hatinya untuk mana-mana perempuan. Namun, satu kemalangan kecil yang terjadi antara dia dan Batrisya merubah segalanya. Tiada siapa yang menduga, insiden itu membuat hidup Batrisya terikat dengan lelaki itu buat
Sinopsis Novel Sedang Suka Kamu
Ryan Mikael. Hatinya umpama batu konkrit. Keras dan sukar ditembusi. Perceraian dengan Zafira membuat dia menutup hatinya untuk mana-mana perempuan. Baginya semua perempuan sama saja. Selfish!
Namun, satu kemalangan kecil yang terjadi antara dia dan Batrisya merubah segalanya. Tiada siapa yang menduga, insiden itu membuat hidup Batrisya terikat dengan lelaki itu buat selama-lamanya.
Menerima Ryan Mikael dalam hidupnya, bukanlah sesuatu yang mudah. Dia masih sedar diri. Siapalah dia jika mahu dibandingkan dengan lelaki hebat itu.
“Encik Mika, hal nikah kahwin ni bukan sesuatu yang boleh dipaksa tau. Saya tak nak kahwin setahun dua, lepas tu menjanda. Saya nak kahwin untuk seumur hidup saya.” – Batrisya
“Ada ke aku cakap lepas setahun dua nanti aku akan ceraikan kau?” – Ryan Mikael.
Kerana kasihkan Medina, anak perempuan Ryan Mikael, Batrisya menerima jua lamaran itu. Janji Ryan Mikael, pernikahan itu hanya untuk menjadikan dia ibu yang sah kepada Medina. Tidak lebih daripada itu.
Kehadiran Batrisya seperti mengembalikan semula senyuman di bibir Medina. Hidup Ryan Mikael yang suram juga kembali berwarna-warni. Sikap Batrisya yang suka melawan tambah menceriakan suasana. Dalam tak sedar, ada cinta yang berputik di hati mereka.
Namun, kepulangan Zafira menghancurkan segalanya. Dia mahukan Ryan Mikael dan Medina kembali. Bagi Zafira, Ryan Mikael hanya miliknya seorang!
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Sedang Suka Kamu
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Nor Hasnida
- CEO Depan Mata