• 9497
1

Fajar Pakeer

Secret Mission : Black Maria Oleh Nssya

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Secret Mission : Black Maria Oleh Nssya

Secret Mission : Black Maria karya Nssya membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Megat Harash. Perwira negara bagaikan sebuah perisai ampuh di dalam pertahanan negara, rela berkorban jiwa dan raga, hanya untuk melihat kedaulatan tanah air terpelihara. Leftenan Megat Harash, code name Alpha 97. Seorang pegawai TDM ditugaskan mengendali kes jenayah yang

Sinopsis Novel Secret Mission : Black Maria

Perwira negara bagaikan sebuah perisai ampuh di dalam pertahanan negara, rela berkorban jiwa dan raga, hanya untuk melihat kedaulatan tanah air terpelihara.

Leftenan Megat Harash, code name Alpha 97. Seorang pegawai TDM ditugaskan mengendali kes jenayah yang semakin mengancam kedaulatan negara. Pelbagai kejadian tragis menghantui hidup seluruh anggota TDM.

Di sebalik sibuk dengan tugasan melindungi negara, hatinya jua sibuk mencari seseorang yang dicintai. Tetapi, semua itu tidak semudah yang disangka. Salah sangka menyebabkan hasrat tulusnya menjadi taruhan.

“Megat Harash, kesalahan terbesar aku adalah berharap pada kau yang memberikan aku harapan. Aku tak mahu berkahwin dengan pengkhianat macam kau!”- Rose Helyna

Rose Helyna adalah sahabat, sekali gus cinta hatinya. Ujian demi ujian membelenggu kisah asmara mereka. Rose Helyna menidakkan kata hati walau kenyataannya sudah terbentang luas. Megat Harash tertekan hingga mengambil keputusan di luar kewarasan.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila trak Black Maria milik PDRM berjaya dicuri oleh kumpulan penjenayah profesional, Geng Lmost. Kejayaan pihak musuh selangkah ke hadapan mengakibatkan pihak TDM dan PDRM kesulitan untuk mengawal keadaan.

“Tugas saya sudah berakhir, Megat. Pergilah! Biar saya terkorban sebagai wira negara dan tunaikan hajat terakhir sebelum pejam mata dari dunia ini.” - Tuan Azman

Semuanya bagai sudah diatur! Permainan minda menanti Megat Harash pada misi terakhir.

“Jangan biarkan kejahatan bermaharajalela. Kita berada di sini agar anak bangsa tidur lena, agar nelayan dapat ke laut untuk menangkap ikan, agar kesejahteraan dan kedaulatan negara terjamin!” – Megat Harash

Apakah pengakhiran kisah cinta Rose Helyna dan Megat Harash? Bagaimana pula dengan perjuangan mempertahankan negara?

Adakah mereka mampu menumpaskan kegiatan jenayah musuh yang semakin berleluasa?

Selagai nyawa dikandung badan… Tak akan hilang darah dan keringat untuk negara!

“Akhiri perjuangan ini, kita atau mereka bakal mati!”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Secret Mission : Black Maria

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan
  • Romantik Thriller

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Nssya

  • Bidadari Tuan Elqar