• 4971
1

Intens

Saat Kau Dakap Cintaku

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Saat Kau Dakap Cintaku Oleh Adra Adiella

Saat Kau Dakap Cintaku karya Adra Adiella membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Kangkung. Kangkung dengan bayam pun tak kenal,” Thia tersengih. Terasa tawanya ingin meledak keluar melihat keyakinan lelaki itu. Sayur pun tak kenal.” BEGITULAH Thia Zulaikha dan Nazhan Irsyad. Masing-masing ego dan punyai kepentingan sehingga menjerumus mereka ke

Sinopsis Novel Saat Kau Dakap Cintaku

“Kau tahu tak sayur-sayur yang aku cakap tu?” Thia sengaja menduga.

“Tahulah.”

“Ni sayur apa?” Thia mengeluarkan seikat sayur dan ditunjukkan di hadapan Nazhan.

“Kangkunglah,” Nazhan menjawab. Penuh keyakinan.

“Tadi kemain kerek lagi kau kan? Kangkung dengan bayam pun tak kenal,” Thia tersengih. Terasa tawanya ingin meledak keluar melihat keyakinan lelaki itu.

“Eh kangkunglah tu,” Nazhan bertegas.

“Umur dah tua dah, sekolah bukan main tinggi, sijil tebal berlapis-lapis tapi bengap. Sayur pun tak kenal.”

BEGITULAH Thia Zulaikha dan Nazhan Irsyad. Masing-masing ego dan punyai kepentingan sehingga menjerumus mereka ke dalam sebuah perkahwinan.

THIA ZULAIKHA- Gadis biasa yang juga punya cita-cita. Dia membesar dalam serba kekurangan dan dibelenggu oleh ibu dan kakak tirinya menyebabkan dia bersetuju berkahwin dengan Nazhan Irsyad untuk menyambung pengajiannya. Thia reda walaupun tahu cinta Nazhan bukan untuknya namun, dia juga punya pendirian. Apa yang telah menjadi haknya akan tetap menjadi miliknya.

NAZHAN IRSYAD- Dia juga punya impian untuk bersama kekasih hatinya, Jasmin lalu dia tinggalkan Thia keseorangan di Langkawi ketika mereka sedang berbulan madu. Di saat Thia keseorangan pula, Zaim sentiasa ada untuknya.

“Kalau awak tak pilih saya, saya reda. Saya tahu awak bukan jodoh saya tapi saya janji dengan diri saya, saya akan jaga awak sampai saya mati.” - Zaim

“Soal dia terima aku atau pun tak, aku tak kisah. Dia berhak tentukan dengan siapa dia nak. Tak apalah, aku terima. Kemaafan dari dia pun dah memadai.” - Nazhan

“Kita ni kalau tak mampu buat orang ketawa, jangan sesekali buat orang menangis. Kalau tak mampu buat orang rasa bahagia, jangan pulak kita tambahkan lagi rasa derita. Kalau tak mampu mengubati luka, jangan sesekali buat orang lain rasa terluka.” - Thia

LALU, siapakah yang menjadi pilihan Thia?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Saat Kau Dakap Cintaku

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.