• 2841
1

Fajar Pakeer

Saat Jatuh Cinta

Regular price
RM 19.00
Sale price
RM 19.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Saat Jatuh Cinta Oleh Lieya Callia

Saat Jatuh Cinta karya Lieya Callia membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Hidupnya. Iskandar – Dia dipengaruhi kenangan silam yang telah menghancurkan hatinya sejak di zaman kanak-kanak. Kenangan itu sama sekali mempengaruhi kehidupannya selama berpuluh tahun. Sepanjang hidupnya dipenuhi dengan liku-liku yang sunyi tanpa wujudnya erti sebuah

Sinopsis Novel Saat Jatuh Cinta

Adakah aku telah jatuh cinta?

Iskandar – Dia dipengaruhi kenangan silam yang telah menghancurkan hatinya sejak di zaman kanak-kanak. Kenangan itu sama sekali mempengaruhi kehidupannya selama berpuluh tahun. Sepanjang hidupnya dipenuhi dengan liku-liku yang sunyi tanpa wujudnya erti sebuah cinta. Pintu hatinya terkunci rapat untuk seseorang yang bergelar wanita. Kehadiran insan yang bernama wanita bukanlah satu kepentingan kepada dirinya. Sebaliknya, dia memandang wanita sebagai makhluk yang tidak boleh dipercayai dan mudah mencurangi cinta. Makna cinta kepadanya hanyalah palsu dan bersifat sementara. Tanpa cinta, dia mampu meneruskan kehidupan. Tanpa cinta, dia juga mampu memperoleh kejayaan. Namun, segalanya berubah hanya kerana seorang gadis yang bernama Arissa.

Arissa – Hidupnya biasa-biasa saja. Ada suka, ada duka. Namun, masih boleh dikategorikan dalam keadaan stabil. Tapi, setelah dia bekerja di bawah naungan seorang lelaki yang digelarnya singa kuning, hidupnya jadi huru-hara. Ada saja yang tidak kena dengan apa yang dilakukannya. Namun, ada satu rasa bermain di hati. Dan ia untuk singa kuning yang selalu mengganggu kesenangan hidupnya.

Cinta – Mengenali cinta buat Iskandar dan Arissa yakin dengan perasaan yang dimiliki mereka. Namun, saat Iskandar meluahkan rasa, Arissa pergi meninggalkannya. Tanpa rela, Arissa terpaksa melepaskan Iskandar. Kalau itu jalannya, dia sanggup.

Adakah bayangan masa silam akan kembali mempengaruhi Iskandar? Mampukah Arissa menanggung rasa hati biarpun terasa sakit? Akan kembali bersatukah perasaan yang ada dalam diri mereka berdua? Apakah rasa jatuh cinta akan kembali dirasai oleh mereka? Andai jatuh cinta itu perlukan pengorbanan, mampukah salah seorang daripada mereka berkorban?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Saat Jatuh Cinta

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.