• 1326
1

Alaf 21

Rahsia Mimpi Oleh Zaifuzaman Ahmad

Regular price
RM 17.00
Sale price
RM 17.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Rahsia Mimpi Oleh Zaifuzaman Ahmad

Rahsia Mimpi karya Zaifuzaman Ahmad membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Amri. Antara alam realiti dan fantasi, Amri menjadi keliru. Keliru kerana mimpi misteri yang dialaminya dan keliru dengan kehadiran perempuan yang berambut panjang, berwajah pucat, tiada bola mata hitam dan di pergelangan tangannya terdapat lelehan darah yang pekat

Sinopsis Novel Rahsia Mimpi

Antara alam realiti dan fantasi, Amri menjadi keliru. Keliru kerana mimpi misteri yang dialaminya dan keliru dengan kehadiran perempuan yang berambut panjang, berwajah pucat, tiada bola mata hitam dan di pergelangan tangannya terdapat lelehan darah yang pekat pada setiap malam.

Sejak membeli tilam terpakai di sebuah kedai perabot, Amri sering bermimpikan Amran, Ariana, Encik Firdaus dan Puan Rohaya. Tanpa diduga mimpi demi mimpi yang dialaminya itu telah mengungkapkan satu cerita percintaan antara Amran dan Ariana. Percintaan yang ikhlas yang lahir daripada hati dua insan ini mendapat tentangan daripada Puan Rohaya.

Setiap kali ingin melelapkan mata atau terjaga daripada lena, Amri diganggu oleh lembaga perempuan yang amat menakutkan. Amri menjadi separuh gila dengan kehadiran lembaga yang tidak diundang yang sering muncul dari dalam tilam. Dihalau ia tetap datang. Yang menghairankan mengapa dia yang sering diganggu, mengapa tidak isterinya. Jadi, apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada Amri? Apakah kaitannya antara mimpi dengan kehadiran lembaga perempuan itu?

Mimpi misteri yang mengendong perjalanan percintaan Amran dengan Ariana telah membuka ruang kepada Amri untuk mengetahui rahsia di sebalik tilam yang mengalas tubuh Amri dan isterinya pada setiap malam.

Siapa sebenarnya lembaga perempuan yang menakutkan itu? Mengapa Amri yang menjadi mangsanya? RAHSIA MIMPI yang penuh saspens dan mendebarkan akan membongkar segala-galanya.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Rahsia Mimpi

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Zaifuzaman Ahmad

  • Usu Lijah
  • Rintihan Mazliza
  • Igauan Semalam
  • Cerita Satu Malam
  • Teratak Kenari