Fajar Pakeer
Psychopath
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Psychopath Oleh Eija Khadeeja
Psychopath karya Eija Khadeeja membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Satu. Manusia yang berhati syaitan telah memusnahkan angan-angannya untuk mengabadikan cinta untuk Zain. Kematian Zain meninggalkan pilu mendalam dalam diri Ezlina. Mendung dirasakan ada di mana-mana menyuluh hidupnya. Ada yang merancang.” – ZAIN Dendam harus
Sinopsis Novel Psychopath
Manusia yang berhati syaitan telah memusnahkan angan-angannya untuk mengabadikan cinta untuk Zain. Kematian Zain meninggalkan pilu mendalam dalam diri Ezlina.
Mendung dirasakan ada di mana-mana menyuluh hidupnya.
“Kalau apa-apa jadi dekat saya, jangan percaya orang sekeliling. Ingat! Kematian saya bukan kebetulan. Ada yang merancang.” – ZAIN
Dendam harus dilunas dengan dendam, Ezlina memburu satu nama! Iqbal. Lelaki yang dipercayai dalang di balik apa yang telah berlaku ke atas Zain. Lelaki itu tak normal
seperti manusia biasa. Perlu mengambil pil penenang untuk mengawal emosinya. Segala bukti bagai terarah kepada Iqbal.
“Darah berbalas darah!” – EZLINA
Lelaki itu kian terdesak untuk membersihkan namanya saat satu demi satu pembunuhan menuduh dia adalah topeng utama di sebalik semuanya. Pembunuhan yang penuh jijik dan sadis! Satu mangsa, satu ‘trofi’! Trofi yang diambil dari anggota tubuh yang terkulai tak bernyawa!!!
“Bukan aku yang pancing dia. Tapi dia yang menyerah diri.” – IQBAL
Ada insan lain yang begitu dekat dengannya sedang mengatur permainan untuk memusnahkan kehidupan Iqbal.
Benarkah pernyataan itu? Atau kata-kata itu hanya
laungan Iqbal untuk menutup sisi gelap dirinya?
Mampukah Ezlina membongkar permainan kejam yang dapat meleraikan segala kebenaran?
Siapa pun si psychopath, akan Ezlina buru hingga ke lubang kubur! Pembunuhan Zain akan dituntut.
Hanya kematian mampu mengungkap segala kegelapan dan pengkhianatan. Hanya pembunuh kejam bergelar psychopath mampu meraikan tiap titisan darah dengan nafsu
keiblisan.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Gabungan kisah cinta dan thriller.
- Plot penuh konflik serta debaran.
- Sesuai untuk pembaca yang mahukan emosi dan suspen.
Genre Novel Psychopath
- Novel Melayu
- Romantik Thriller
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel romantik.
- Peminat thriller.
- Pembaca yang sukakan plot tidak dijangka.
Novel Berkaitan Eija Khadeeja
- Kekasih Olok-Olok
- Bahagia Yang Sebenar
- Anehnya Cinta
- Miss Diva Semput
- Jodoh Yang Kucari