• 9370
1

Al-Hidayah

Pengurusan Jenazah

Regular price
RM 4.50
Sale price
RM 4.50
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Pengurusan Jenazah

Pengurusan Jenazah ialah buku karya Syeikh Abdullah Bin Abdurrahman Al-Jibrin yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu proses pembelajaran dan pendidikan melalui penyampaian ilmu yang mudah difahami.

Sinopsis Buku Pengurusan Jenazah

Sesungguhnya dan Allah kita datang dan kepada Nya juga kita akan kembali.”

Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Dalam Islam, urusan menguruskan jenazah adalah Fardu Kifayah. Waris terdekat kepada si mati adalah orang yang paling afdal untuk menguruskan jenazah beliau. Namun kini, perkara tentang pengurusan jenazah ini diserahkan secara totalnya kepada pihak lain. Bahkan ilmu atau pengetahuan bagaimana dan apa yang perlu untuk pengurusan jenazah semakin dipandang ringan oleh semua. Kepentingan dan keutamaan tentang pengetahuan dalam pengurusan jenazah dianggap tidak penting dan utama. Pemikiran seperti ini adalah silap dan perlu diperbetulkan.

Sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan kita untuk mengetahui dan mempelajari ilmu tentang pengurusan jenazah ini. Ini amat penting kerana pengurusan jenazah bukan sahaja tanggungjawab pihak tertentu sahaja. Tetapi ia merupakon tanggungjawab seluruh umat Islam terhadap saudara terdekat seperti ibu bapa, anak dan adik beradik mereka. Setidak-tidaknya kita mempunyai sedikit ilmu dalam menguruskan jenazah agar segala perjalanan pengendalian ini berjalan lancar dan teratur. Dengan pengetahuan yang ada juga dapat mengelakkan kita daripada panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan situosi adanya kematian di kalangan ahli keluarga.

Begitulah apa yang ingin dikongsikan di dalam buku ini. Ilmu dn persediaan untuk pengurusan jenazah dihuraikan secara mudah dan berperingkat. Semoga ilmu tersebut dapat dimanfaatkan serta mendapat keberkatan Allah swt.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Membantu proses pembelajaran.
  • Meningkatkan kefahaman sesuatu subjek.
  • Sesuai dijadikan bahan rujukan.
  • Bermanfaat untuk guru dan pelajar.

Maklumat Buku

  • Penulis: Syeikh Abdullah Bin Abdurrahman Al-Jibrin
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674391652
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar.
  • Guru.
  • Ibu bapa.
  • Institusi pendidikan.