• 4168
1

Karyaseni

Pembuka Hati Oleh Sara Aisha

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Pembuka Hati Oleh Sara Aisha

Pembuka Hati karya Sara Aisha membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Mahu. Dia cuma inginkan kehidupan yang tenang tanpa kekusutan. Namun, pertemuan demi pertemuan dengan Nur Adra yang kasar, keras dan degil membuatkan Syafiq buntu sendiri. Saat dia ingin menjadi lelaki yang lebih baik, kenapa gadis itu tidak habis-habis mencabar

Sinopsis Novel Pembuka Hati

TUAN SYAFIQ TUAN HAIKAL... Dia cuma inginkan kehidupan yang tenang tanpa kekusutan. Tiada lagi dendam. Tiada lagi kebencian. Namun, pertemuan demi pertemuan dengan Nur Adra yang kasar, keras dan degil membuatkan Syafiq buntu sendiri. Saat dia ingin menjadi lelaki yang lebih baik, kenapa gadis itu tidak habis-habis mencabar ego lelakinya?

“Kau memang suka berlagak baik, kan?”- Nur Adra
“Baik? Huh! For your information, istilah ‘baik’ tak pernah ada dalam kamus hidup aku. Jadi, jangan sesekali cuba cabar kesabaran aku!” - Syafiq

NUR ADRA... Hatinya kosong. Jiwanya mati. Baginya, kehidupan ialah lebih kejam daripada sebuah kematian. Kemunculan lelaki bernama Syafiq itu pula, tambah mengacau-bilaukan keadaan. Ke mana sahaja dia pergi, akan ada wajah tenang Syafiq. Dan sungguh! Dia benci akan ketenangan itu. Ketenangan yang seakan-akan mengejek seluruh perjalanan hidupnya.

“Awak ni... Perempuan jenis apa sebenarnya?” - Syafiq “Dia... Lelaki yang mampu membaca kau, Nur Adra.” - Adra

Kemunculan bersahaja Nizam membuatkan Adra terperangkap dalam percaturan antara lelaki itu dan bapanya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengambil keputusan paling drastik dalam hidupnya.

“Tuan Syafiq Tuan Haikal, will you... Marry me?” - Nur Adra
“Awak takkan mampu bayangkan saya ini manusia jenis apa. Lelaki jenis apa. Kalau awak tahu, Ara... Awak takkan mahu jatuh ke tangan saya.” - Syafiq

Tatkala kehidupan mereka semakin berselirat, Syafiq kian tertanya-tanya. Mampukah dia membuka pintu hati Adra? Atau mungkinkah Adra akan terus hanyut dan tenggelam dalam kegelapan yang semakin membunuh jiwanya?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Pembuka Hati

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Inspirasi

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Sara Aisha

  • Salju Kyoto
  • I'm Not A Monster
  • Syurgaku Tak Sempurna
  • Memori Inara
  • Jodoh Itu Milik Kita