• 9584
1

Karyaseni

Pak Su Ammara Oleh Marissa

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Pak Su Ammara Oleh Marissa

Pak Su Ammara karya Marissa membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Ammara. KEHIDUPAN berumah tangga tak lepas dari ujian. Begitu juga yang dialami oleh Miza. Tapi bagi Miza, memilih kata hati sendiri adalah pilihan yang tepat. Kehidupan bukanlah berkisarkan tentang kekalahan, tetapi berkisar tentang apa usaha untuk dirinya bangun

Sinopsis Novel Pak Su Ammara

KEHIDUPAN berumah tangga tak lepas dari ujian. Begitu juga yang dialami oleh Miza. Tapi bagi Miza, memilih kata hati sendiri adalah pilihan yang tepat. Kehidupan bukanlah berkisarkan tentang kekalahan, tetapi berkisar tentang apa usaha untuk dirinya bangun semula. Tetapi bukan senang untuk orang lain faham tentang pilihannya.

“Eh, kalau tak tahu apa-apa jangan banyak cakaplah! Cakap saja pandai. Laki pun dikebas orang. Lagi banyak bunyi.” - Abang Mizi

“Miza tak rugi apa-apa. Dialah lelaki malang sebab tak pandai nak hargai isteri sebaik Miza.” - Miza

Itu baru kata-kata daripada abang kandung, belum lagi orang luar. Akhirnya Miza membawa diri untuk berdikari. Masih ada lagi pertolongan yang membuatkan dirinya terus kuat.

Tapi tak sangka pulak dirinya masih dikejar oleh Wafi.

“Kalau abang nak nikah, abang boleh aje nikah tanpa persetujuan, Miza…” - Wafi

“Kalau dah macam tu, nikah sajalah. Miza pun tak kesah. Tapi macam Miza cakaplah, lepaskan Miza.” - Miza

Akhirnya. ikatan perkahwinan terlerai juga. Miza reda. Tapi hidupnya masih tidak aman kerana diganggu dengan kisah silam. Lagipun Miza merahsiakan yang dirinya sedang berbadan dua. Ketika Miza rasa keseorangan, muncul seseorang yang sering ada bila dia memerlukan bantuan. Tak sangka pak su kepada anak didiknya, Ammara… Menjadi ‘tali’ untuk dia keluar dari masalah.

“Saya pun sebenarnya serba salah nak minta tolong pak su. Tapi saya tak ada pilihan. Rasa terdesak sangat.” - Miza

“Jadi cikgu nak buat apa sekarang?” – Pak su Ammara

“Pura-pura jadi bakal ayah kembar, boleh?” - Miza

Wafi tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan haknya sebagai ayah. Berjayakah pak su Ammara membantu Miza?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat nilai kekeluargaan.
  • Watak yang mudah dihayati.
  • Menyentuh emosi pembaca.

Genre Novel Pak Su Ammara

  • Novel Melayu
  • Kekeluargaan
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat drama keluarga.
  • Pembaca dewasa.
  • Peminat kisah kehidupan.

Novel Berkaitan Marissa

  • Lamaran Di Taman Nakajima
  • Melirih Kasih
  • Kerana Dia Suka
  • Saya Kan Ada
  • Teduhan Kasih