• 9272
1

Fajar Pakeer

Pada Indahnya Duka Oleh Shazeliynna Md Shaat

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Pada Indahnya Duka Oleh Shazeliynna Md Shaat

Pada Indahnya Duka karya Shazeliynna Md Shaat membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Imran Mustaqim. Dia tidak sedar bila perasaan cinta itu mula berputik. Rasa sayangnya pada seseorang yang dianggap seperti seorang abang, kini berubah kepada rasa sayang terhadap seorang kekasih. Hanya melalui rasa cemburu dan sakit hati Bieha Allysia menunjukkan cintanya

Sinopsis Novel Pada Indahnya Duka

Dia tidak sedar bila perasaan cinta itu mula berputik. Rasa sayangnya pada seseorang yang dianggap seperti seorang abang, kini berubah kepada rasa sayang terhadap seorang kekasih.

Cinta yang tidak pernah diluahkan. Hanya melalui rasa cemburu dan sakit hati Bieha Allysia menunjukkan cintanya terhadap Imran Mustaqim.

"Adik tak suka abang layan senior dan junior perempuan yang tergedik-gedik tu. Sakit mata ni tengok? Pleaselah, abang jangan buat macam tu lagi, boleh? Because, I don't like it, you know that?" - BIEHA ALLYSIA

Setelah berjauhan sekian lama, ternyata Imran Mustaqim juga menyimpan perasaan yang sama.

"Okey, tak jawab pun abang dah tahu adik cemburu, kan? Adik sengaja berkawan rapat dengan Zak sebab nak buat abang cemburu. Kalau macam tu, adik dah berjaya. Puas hati?" - IMRAN MUSTAQIM.

Tetapi, cinta yang dipendam semakin sukar untuk dilafaz. Imran Mustaqim terpaksa berhadapan dengan rakan baiknya Zakri yang telah lama menaruh hati terhadap Bieha Allysia.

Kemunculan Zura juga merumitkan lagi keadaan. Cinta mereka terus diuji dengan berbagai rasa. Sehingga sanggup menyakiti hati masing-masing.

Adakah cinta mereka dapat diungkapkan?

Mampukah mereka mempertahankan cinta mereka daripada semua ujian?

Setiap yang indah itu ada laranya. Namun, pada indahnya duka, ada bahagia menjadi bukti, kerana cinta itu tidak perlukan alasan, tiada bersempadan dan tiada jarak ruang. Hanya bertujuan untuk menyatukan jiwa dan hati ke suatu masa yang disebut, SELAMA-LAMANYA.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Pada Indahnya Duka

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.