Karyaseni
Noda Cinta Semalam Oleh Aulia Iman
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Noda Cinta Semalam Oleh Aulia Iman
Noda Cinta Semalam karya Aulia Iman membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Leya. Kematian cinta pertamanya membuatkan Amileya menutup pintu hati daripada bercinta lagi. Meniti usia dewasa, keluarga bersetuju menjodohkan Amileya dengan Iskandar agar sebaris nama yang cukup dibenci, luput dari ingatan si anak. Cuma beri masa dan buka ruang
Sinopsis Novel Noda Cinta Semalam
Jarak Memaksa Kita Saling Merindu.
Kematian cinta pertamanya membuatkan Amileya menutup pintu hati daripada bercinta lagi. Meniti usia dewasa, keluarga bersetuju menjodohkan Amileya dengan Iskandar agar sebaris nama yang cukup dibenci, luput dari ingatan si anak.
“Saya akan rawat hati awak Leya. Cuma beri masa dan buka ruang untuk saya masuk dan ubatinya.”- Iskandar
Ternyata, bukan Iskandar yang berjaya mengikis sebaris nama itu sebaliknya seorang ketua syarikat berstatus suami orang, Adrian.
“Saya yakin! Lambat atau cepat, hati kita akan tetap bersatu. Percayalah.”- Adrian
Ternyata, dua hati bersatu dalam satu rasa namun cinta sahaja tidak cukup kuat menyatukan dua jiwa. Adrian ialah suami kepada wanita lain dan sudah tentu Amileya tidak tega menjadi perampas kebahagiaan insan lain.
Amileya cuba berdamai dengan ketentuan Tuhan kerana perkahwinan dengan Iskandar tetap akan berlangsung.Tanpa disedari, satu kejutan membuatkan hati Amileya mula berbelah-bahagi sebelum remuk berkali-kali.
“Kita boleh berkahwin dan dapat anak seorang dua sebelum kita berpisah. Saya janji akan beri nafkah dan serahkan hak jagaan anak kepada awak. Boleh, kan?"- Iskandar
Amileya terpaku, ikut kata hati, dia tidak mahu memperjudikan masa depannya. Di kiri suami orang, di kanan, pula belum disatukan sudah menyebut kata perpisahan. Apakah ternyata dia hanya mampu hidup dalam kenangan cinta semalam?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Noda Cinta Semalam
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Aulia Iman
- Dalam Diam Aku Terpikat
- Pujaan Hati Kanda
- Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis
- Jika Mawar Pudar Warna
- Kasih Bersimpul Mati