Suara Hati Publication
My Rude Wife 2 Oleh Ciknorcinta
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
My Rude Wife 2 Oleh Ciknorcinta
My Rude Wife 2 karya Ciknorcinta membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Firdaus. Firdaus dan Melur sudah mengecapi momen-momen indah di dalam rumah tangga mereka,namun ujian yang melanda datang tanpa diduga. Hadirnya Mak Long Sally telah membawa cerita berbeza. Itu pun kau tak nampak ke?” - Mak Long Sally Huh! Namun bukan Melur orangnya
Sinopsis Novel My Rude Wife 2
Firdaus dan Melur sudah mengecapi momen-momen indah di dalam rumah tangga mereka,namun ujian yang melanda datang tanpa diduga. Hadirnya Mak Long Sally telah membawa cerita berbeza.
“Dia baik tu bersebab kau tau tak? Sebab dia banyak kekurangan! Dia sakit. Tak kerja. Tak boleh mengandung. Itu pun kau tak nampak ke?” - Mak Long Sally
Huh! Namun bukan Melur orangnya untuk mengalah dan dikalahkan.
“Ingat ni drama Melayu ke? Kena buli pun diam dan mengalah? Konon baik sangat. Lepas tu nangis acah-acah jadi mangsa. Melur bukan heroin macam tu tau?” -Melur
Dan muncul pula Rossa menjadi penambah perisa yang mampu menggoyahkan.
“Well,nothing to wonder. She’s beautiful. Senang je lelaki nak terpikat dengan dia walaupun dia tu wife orang.”- Rossa
Haluan kian menyukarkan apabila kehadiran Doktor Alie,telah menggugat segunung kepercayaan dan melerai sebuah keyakinan.
“Kalau Encik tak mampu nak jaga dia,serahkan pada saya. Saya janji akan berikan segalanya untuk kebahagiaan dia.” - Doktor Alie Zafar
Tanpa diduga,panas yang disangka hingga ke petang,memunculkan hujan di pertengahan.
“Aku tersepit,Karl. Kau faham tak? Kiri Rossa,kanan Melur. Dua-dua pun tanggungjawab aku.” - Firdaus
“Baiklah,Melur setuju abang kahwin dengan Rossa. Tapi dengan satu syarat. Lepaskan Melur. Dengan talak tiga.” - Melur
Dan,cinta sejati Harris Daniel,tidak akan pernah terpadam. Sebuah kehadiran yang membawa selautan kasih dan kesetiaan.
“Saya nak melamar Melur untuk jadi isteri saya yang sah.” - Harris
Apakah yang telah dan bakal terjadi? Siapakah Mak Long Sally dan siapa pula Rossa? Adakah gadis itu mampu mengahwini Firdaus? Dan mampukah Doktor Alie mendapatkan Melur atau adakah Melur akan kembali ke sisi Harris? Bagaimana pula dengan Firdaus? Tegarkah lelaki itu mempertahankan atau pergi bersama kekecewaan?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel My Rude Wife 2
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.