Intens
My Dear Sayang
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
My Dear Sayang Oleh Nur Razin
My Dear Sayang karya Nur Razin membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Aqil Muffid. AQIL MUFFID yang pernah dikecewakan terasa serik untuk bercinta lagi. Bukan memilih, namun dia mempunyai kriteria tersendiri untuk memilih calon isteri. Mana tahu dapat yang ekstra kebabom! ADWA ADELIA pula berubah setelah ditinggalkan kekasih hati ketika
Sinopsis Novel My Dear Sayang
AQIL MUFFID yang pernah dikecewakan terasa serik untuk bercinta lagi. Bukan memilih, namun dia mempunyai kriteria tersendiri untuk memilih calon isteri. Mana tahu dapat yang ekstra kebabom!
ADWA ADELIA pula berubah setelah ditinggalkan kekasih hati ketika zaman belajar. Dikatakan kolot dan kekampungan, Adelia terus mengubah penampilannya. Pakaiannya yang sendat, mampat, dan ketat mampu mancairkan otak yang beku, hati yang keras bagi lelaki yang melihatnya. Seksi habis!
NAMUN begitu, hati Adelia tetap tidak berubah. ‘Don’t judge book by the cover’ kata orang. Kerana hati itulah Aqil Muffid yang sarkastik tersungkur bila berhadapan dengan Adelia. Sungguh, Adelia telah menawan hati lelakinya.
“Err…encik!”
“Apa?” Aqil Muffid langsung tak faham dengan body language Adelia.
“Nak lalu…” ujar Adelia. Dia bulatkan matanya sambil tunjuk tangan ke arah laluan keluar.
“Ohhh…tak boleh eh?”
“Boleh!”
“So?”
“Takut bersentuhan, bergesel. Encik kan allergic?” Sindir Adelia. Lembut kata-katanya tetapi sinis.
“Dengan awak, allergic saya cepat hilang.”
Gulp! Adelia tersedak liur.
“Alamak!” Tiba-tiba Adelia bongkokkan tubuhnya. Mengutip sesuatu di atas lantai. Pelik Aqil Muffid melihatnya. Berkerut dahinya.
“Awak buat apa?”
“Kutip jantung jatuh berterabur,” seloroh Adelia. Lawak gila. Selamba menyakat Aqil Muffid. Sungguh, macam tak percaya dengan gurauan Aqil Muffid sebentar tadi. Boleh pun!
BAGI Adelia, dia tidak peduli kata orang. Dia tidak peduli dengan rintangan yang mendatang. Namun, penyakit trauma dan kemurungan Puan Halisa, ibu Aqil Muffid makin menjadi-jadi sejak kehadirannya. Apakah sebenarnya yang berlaku pada Puan Halisa? Mampukah Adelia menerima cabaran untuk terus mendampingi Aqil Muffid?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel My Dear Sayang
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Nur Razin
- Dia Bintang Hatiku