• 9027
1

Al-Hidayah

Mengapa Doa Anda Tidak Dikabulkan?

Regular price
RM 16.00
Sale price
RM 16.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Mengapa Doa Anda Tidak Dikabulkan?

Mengapa Doa Anda Tidak Dikabulkan? ialah buku karya Fahruddin Ghozy yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami asas akidah dan tauhid yang menjadi teras keimanan seorang Muslim.

Sinopsis Buku Mengapa Doa Anda Tidak Dikabulkan?

Doa itu merupakan senjata mukmin dan ibadah rohaniah yang harus dijadikan amalan teras dalam kehidupan seharian kita. Berdoa dan berdoalah tanpa jemu kerana doa adalah medium untuk kita `berhubung’ dan `berkomunikasi’ dengan Allah S.W.T.. Hendaklah kalian hanya meminta kepadaNya dan tiada yang lain sama ada untuk menyatakan keinginan, hajat, memohon perlindungan mahupun memohon untuk mengampunkan dosa.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (Surah Al-Baqarah: 186)

Doa memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian di mana ia bukan sahaja menjadi laluan untuk menyampaikan keinginan malah ia turut menjadi terapi spiritual yang membantu membentuk jiwa yang kuat kerana sifat yakin kepada Allah Yang Maha Mendengar. Sekaligus doa menjadikan hati seseorang itu tenteram dan mempunyai semangat juang yang lebih tinggi terhadap segala keinginan dan usaha yang telah diperjuangkan. Sehubungan dengan itu, buku ini ditulis untuk mengetengahkan doa-doa yang boleh dijadikan amalan harian secara istiqamah. Selain itu, penulis juga memberi pencerahan tentang kepentingan berdoa yang boleh mempengaruhi kehidupan seharian kita. Tidak kurang juga, penulis turut memberi penekanan tentang intipati signifikan tentang berdoa iaitu antara sebab mengapa doa tidak dikabulkan serta adab-adab dalam `berhubung’ dengan Allah S.W.T.. Semoga dengan penerbitan buku ini dapat memberi pencerahan dan manfaat kepada para pembaca. Insya-Allah.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Memahami asas akidah Islam dengan lebih jelas.
  • Menjelaskan perkara berkaitan tauhid dan rukun iman.
  • Membantu memperkukuhkan keyakinan terhadap ajaran Islam.
  • Sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran agama.

Maklumat Buku

  • Penulis: Fahruddin Ghozy
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674391379
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 6 x 8

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar sekolah agama dan pondok.
  • Penuntut ilmu agama.
  • Guru dan pendakwah.
  • Muslim yang ingin memperkukuhkan akidah.