• 8613
1

Al-Hidayah

Membina Keluarga Bahagia & Sejahtera

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Membina Keluarga Bahagia & Sejahtera

Membina Keluarga Bahagia & Sejahtera ialah buku karya Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan panduan rumah tangga dan hubungan suami isteri.

Sinopsis Buku Membina Keluarga Bahagia & Sejahtera

Penuh dengan nasihat dan motivasi yang mampu menyuntik semangat untuk semua pembaca. Setiap orang impikan sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera. Suami yang penuh kasih sayang, bertanggungjawab dan taat kepada perintah Allah. Dan yang paling penting adalah menjadi pemimpin yang akan membimbing ahli keluarganya ke syurga. lsteri yang solehah patuh kepada perintah Allah dan taat kepada suaminya. Yang mampu mendidik dan membangunkan anak-anak yang soleh dan solehah. Dihiasi juga dengan kehadiran anak-anak yang soleh dan solehah, taat kepada perintah Allah dan taat serta menghormati kedua orang tuanya.

Sebuah rumah yang dihuni oleh keluarga yang bahagia merupakan sebuah syurga di dunia ini. Bagaimanakah untuk mendirikan sebuah syurga yang menjadi impian setiap orang ini. Buku ini menghidangkan banyak kata-kata pesanan dan motivasi yang disandarkan kepada Al-Qur'an dan Hadis serta kisah-kisah Nabi S.A.W dan para sahabat tentang pembinaan sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera. Bacaan yang santai diolah dengan menarik memudahkan kita untuk memahami dan mengamalkan apa yang dilontarkan.

Semoga dianugerahkan kita kekuatan dan keazaman untuk membina syurga di dunia iaitu keluarga bahagia dan sejahtera. Dan kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Membantu memahami tanggungjawab suami dan isteri.
  • Memberikan panduan membina rumah tangga harmoni.
  • Mengandungi nasihat yang bermanfaat.
  • Sesuai dijadikan rujukan kekeluargaan.

Maklumat Buku

  • Penulis: Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673681167
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 6 × 9

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pasangan suami isteri.
  • Bakal pengantin.
  • Kaunselor keluarga.
  • Pembaca yang berminat dengan kekeluargaan.