Al-Hidayah
Matla' Al-Badrain Wa Majma' & Al-Bahrain
- Regular price
- RM 29.90
- Sale price
- RM 29.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Matla' Al-Badrain Wa Majma' & Al-Bahrain
Matla' Al-Badrain Wa Majma' & Al-Bahrain ialah buku karya Abdul Faqir Al-Faani Muhammad Bin Ismail Daud Fatani yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami asas akidah dan tauhid yang menjadi teras keimanan seorang Muslim.
Sinopsis Buku Matla' Al-Badrain Wa Majma' & Al-Bahrain
Matla’ Al-Badrain Wa Majma’ Al-Bahrain (Tempat terbit dua bulan purnama dan tempat berhimpun dua laut), merupakan antara kitab Fekah yang terkenal di Tanah Melayu. Kitab ini pernah menjadi antara rujukan utama dalam mendalami ilmu Fekah mazhab Syafie di Nusantara.
Pengarangnya Al-Allamah Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fatani atau juga dikenali Syeikh Nik Mat Kecik merupakan cucu saudara kepada ulama termasyhur di alam Melayu, Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani. Di dalam kitab ini beliau menggabungkan pelbagai perbahasan ilmu Fekah lengkap, terdiri daripada bab ibadat, muamalat, munakahat dan jonayat. Juga didatangkan di awal kitab perbahasan tentang ilmu Kalam yang membincangkan sifat-sifat Allah SWT dan Rasul-Nya dan beberapa perkara sam’iyyat yang lain yang terkandung di dalam rukun iman.
Di dalam buku ini juga dilengkapkan penjelasan ringkas terhadap beberapa perkataan dan istilah yang mempunyai kesamaran dan kurang difahami maknanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Justeru, amatlah sesuai kitab ini dijadikan panduan dan rujukan bagi penuntut ilmu agama dalam mendalami ilmu Fekah mazhab Syafie serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Memahami asas akidah Islam dengan lebih jelas.
- Menjelaskan perkara berkaitan tauhid dan rukun iman.
- Membantu memperkukuhkan keyakinan terhadap ajaran Islam.
- Sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran agama.
Maklumat Buku
- Penulis: Abdul Faqir Al-Faani Muhammad Bin Ismail Daud Fatani
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674392796
- Berat: 0.3 kg
- Saiz: 6 x 9
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar sekolah agama dan pondok.
- Penuntut ilmu agama.
- Guru dan pendakwah.
- Muslim yang ingin memperkukuhkan akidah.