• 9516
1

Fajar Pakeer

Lost In Revenge Oleh Myserraa

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Lost In Revenge Oleh MySerraa

Lost In Revenge karya MySerraa membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Tanpa. Mereka berkata, dia sedang menerima takdir. Mereka melihat dia sedang menikmati hidup. Padahal kenyataanya dia tidak begitu. Luka itu masih ada, cuba belajar untuk rela. Hanya dia tahu betapa peritnya hendak bangkit setiap kali kekhilafan lalu menghenyaknya

Sinopsis Novel Lost In Revenge

Mereka berkata, dia sedang menerima takdir. Mereka melihat dia sedang menikmati hidup.

Padahal kenyataanya dia tidak begitu. Luka itu masih ada, cuba belajar untuk rela.

Ada kalanya dia terasa lemah. Tidak mampu menempuhnya lagi. Hanya dia tahu betapa peritnya hendak bangkit setiap kali kekhilafan lalu menghenyaknya sehingga dia terduduk kembali.

“Jangan berlagak suci, kalau kau sebenarnya lebih kotor daripada najis. Masih adakah secebis maruah dalam diri kau?” -Randika Daniel

Tatkala niat tulus dikhianati dengan cukup sadis, dia kehilangan semua yang dia sayang. Sejak daripada itu, dia mengajar hatinya yang selama ini lembut, menjadi dingin. Tanpa sedar, kebencian itu menjadi sebuah dendam yang paling hancur.

“Tak! Saya bukan Larissa yang dulu lagi! Awak tak boleh hukum saya sedangkan saya dah berubah!” – Larissa Cyra

Berkali-kali Larissa cuba menerangkan, tetapi tetap tak berhasil memperoleh kepercayaan Randika bahkan kemaafan daripada lelaki itu.

Randika dihancurkan oleh gadis yang dia cinta, sehingga pada saat gadis itu hadir untuk menuntut janji, dia buntu untuk menunaikan. Melepaskannya sahaja dia tak mampu, bagaimana dia hendak melenyapkan Larissa?

Memilih antara dendam atau cinta, menyayangi atau menyakiti. Masihkah kesumat yang menjadi pemenang?

“Kau fikir aku sekejam itu ke nak bunuh kau? Kau rasa aku terlalu membenci kau ke sampai kau sanggup mati di tangan aku?” - Randika Daniel

Apabila bersama, sakit. Terpaksa berpisah, hancur. Bagaimana mampu membuat pilihan tatkala kisah silam menjadi pertaruhan?

Kesalahan kelmarin adalah proses kehidupan. Kepercayaan yang pernah disia-siakan, tidak mudah untuk diraih kembali. Peluang terakhir seakan-akan sulit dimiliki. Melepaskannya sahaja dia tak mampu, bagaimana dia hendak melenyapkan Larissa

“Mencintai seseorang itu sebenarnya racun. Sekali terkena, sukar untuk kembali seperti sediakala.”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Lost In Revenge

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.