• 5423
1

Penulisan2u

Lelaki Kiriman Tuhan Oleh Umie Nadzimah

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Lelaki Kiriman Tuhan Oleh Umie Nadzimah

Lelaki Kiriman Tuhan karya Umie Nadzimah membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Tiba. Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang

Sinopsis Novel Lelaki Kiriman Tuhan

Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

"Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira

"Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka." - Raid

"Sebab awak tu miring!" - Naira

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Lelaki Kiriman Tuhan

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Seram

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Umie Nadzimah

  • Cinta Paling Agung
  • Jangan Ganggu Jodohku!
  • Pilihan Mama
  • Bila Terlajak Sayang
  • Rindu Yang Terlarang