• 8428
1

Fajar Pakeer

Kita Suka Sama Suka Oleh Norra Hassan

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kita Suka Sama Suka Oleh Norra Hassan

Kita Suka Sama Suka karya Norra Hassan membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Yellow. Sebelum ini, mereka kenal gitu-gitu sahaja. Tetapi, dek idea gila Yellow yang hendak menguji kasih sayang keluarga, Pepper kena menghadap muka Black sentiasa. Konon untuk membantu Black mencari Yellow yang lari dari rumah. Walhal dia menjadi talam dua muka

Sinopsis Novel Kita Suka Sama Suka

Sebelum ini, mereka kenal gitu-gitu sahaja. Tetapi, dek idea gila Yellow yang hendak menguji kasih sayang keluarga, Pepper kena menghadap muka Black sentiasa. Konon untuk membantu Black mencari Yellow yang lari dari rumah. Walhal dia menjadi talam dua muka untuk kawan baiknya itu.

Selama ini, Pepper ingatkan abang Yellow itu jenis lelaki yang skema. Rupanya boleh tahan nakal juga lelaki itu. Patutlah Wafa dan Cattleya angau sakan. Tetapi, Pepper tidak peduli pun dengan minah berdua itu. Yang penting ialah misi dia. Lagi pula di hati Black hanya ada Alisha. Gila kalau dia berharap. Masalahnya nakal Black mula menggoda jiwa dan melemaskan rasa.

Hati, janganlah terpikat kat dia.

Adanya Pepper, Black rasakan yang dunianya kembali berwarna indah tujuh pelangi. Tidak lagi berwarna monokromatik, sekalipun luka kisah cinta yang kecundang masih memalitkan suram pada perasaan. Dalam riuh mengusik kawan baik adiknya itu, hatinya yang terusik tanpa sedar.

Sebuah tragedi, mereka teruji.

Tiada lagi Pepper, sebaliknya kini ada Teja Dahlia yang hilang kesempurnaannya. Tiada lagi Black, berganti Tuah Ubaydah yang ingin membina masa hadapan nan gemilang bersama.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Kita Suka Sama Suka

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Norra Hassan

  • Berikan Aku Sebutir Bintang
  • Engkau Lebih Mengerti
  • Melati Untuk Gabriel
  • Pengantin Lelaki Untuk Aku
  • Bila Hati Berahsia