• 8706
1

Al-Hidayah

Kelahiran Manusia Klon Pertama

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kelahiran Manusia Klon Pertama

Kelahiran Manusia Klon Pertama ialah buku karya Imam Musbikin yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan untuk menambah ilmu serta kefahaman dalam bidang yang dibincangkan.

Sinopsis Buku Kelahiran Manusia Klon Pertama

Disember 2002, dunia digegarkan dengan berita kelahiran Eve, manusia klon pertama. Sebelumnya , pengklonan hanya dilakukan ke atas tumbuhan atau haiwan sahaja. Lebih menggemparkan lagi, pengklonan yang dilakukan kepada Eve itu berasal dari embrio tiga orang mati, termasuk seorang budak perempuan berusia 10 tahun bernama Cady menemui ajal dalam kemalangan jalanraya di Amerika Syarikat.

Melalui teknologi pengklonan, sesiapa sahaja boleh diduplikasi. Albert Einstein, si supergenius atau Raja Pop Michael Jackson, boleh “dihidupkan” semula. Serupa cuma berbeza generasinya. Teknik pengklonan juga memungkinkan doktor mengenalpasti penyebab keguguran dalam tempoh yang singkat, menganalisa pertumbuhan sel kanser dan mendorong kepada kemajuan dalam penyelidikan masalah penuaan, genetik serta perubatan dan penyembuhan.

Buku ini mengupas secara menyeluruh masalah pengklonan manusia bukan hanya dari satu sudut. Banyak aspek dan tinjauan diambil kira, bermula dari kedoktoran, moral dan etika, peradaban manusia, sosial dan juga agama. Begitu terperinci, lengkap, didatangkan dengan data dan ketajaman analisanya. Membaca buku ini tidak hanya akan meluaskan cakrawala pengetahuan dan wawasan kita tentang pengklonan tetapi sekaligus, hikmahnya yang mampu membawa kita untuk meneguhkan kekuatan jiwa dan spiritual kita terhadap Yang Maha Kuasa.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Menambah ilmu dan pengetahuan.
  • Sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan.
  • Disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami.
  • Sesuai dijadikan koleksi peribadi atau hadiah.

Maklumat Buku

  • Penulis: Imam Musbikin
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670268279
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 6 x 8

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pembaca umum.
  • Pelajar dan penuntut ilmu.
  • Guru dan pendidik.
  • Peminat bahan bacaan berkualiti.