• 9358
1

Fajar Pakeer

Jangan Sembunyi Cinta Oleh Ida Ra

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Jangan Sembunyi Cinta Oleh Ida Ra

Jangan Sembunyi Cinta karya Ida Ra membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Peluang. Diubati oleh luka, dipeluk oleh derita, buat hidupnya terumbang-ambing. Melupakan si dia yang pernah menghuni di hati, bagaikan mengharapkan lelaki itu kembali. Mustahil, kerana mereka tidak mungkin ditakdirkan untuk menyatu. Lantas dia membawa diri ke sebuah

Sinopsis Novel Jangan Sembunyi Cinta

Diubati oleh luka, dipeluk oleh derita, buat hidupnya terumbang-ambing. Melupakan si dia yang pernah menghuni di hati, bagaikan mengharapkan lelaki itu kembali. Mustahil, kerana mereka tidak mungkin ditakdirkan untuk menyatu.

Lantas dia membawa diri ke sebuah pulau sambil membayangkan betapa indah seandainya Johan ada di sisi. Tanpa sengaja, seseorang datang membuatkan dia keliru. Tanpa diduga munculnya kisah masa lalu.

“Awak tak mahu beri saya peluang untuk saya buktikan? Peluang terakhir untuk saya?” - Aizal.

Lelaki yang pernah bertaktha di hatinya namun mana mungkin dia akan menerima lelaki yang pernah tinggalkannya kerana perempuan lain. Dalam keadaan kelam-kabut, mujur ada penyelamat yang membantu. Dani Ikram, dijadikan umpan untuk menyamar sebagai kekasih cadangan.

“Hidup dalam sepi. Dia bagaikan takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Tiada siapa yang mampu membawa dia keluar dari gua yang malap sehinggalah dia bertemu dengan awak.” – Dani Ikram

Eriqa takut setiap cinta yang datang akan diakhiri dengan kematian atau tragedi yang menyakitkan. Seolah-olah sumpahan menjadi darah dagingnya.

“Bukan ke awak dah beritahu saya dulu, jangan ganggu awak lagi. Jadi jangan ganggu saya lagi sampai bila – bila. Saya tak nak tengok muka awak!”- Eriqa

Bagaimana pengakhiran mereka, adakah dia perlu berkorban untuk sendiri lagi?

Layakkah jiwanya dimiliki, andai ada saja tidak kena? Salahkah takdirnya?

Jika sabarku tidak berkuasa membawamu kembali, biarlah ikhlas menemanimu pergi.

Cinta tidak pernah sembunyi, hanya saja jiwa ini lambat mengetahui.

“Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan kita nanti. Sirna.”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Jangan Sembunyi Cinta

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.