Lovenovel
Jangan Ganggu Buah Hatiku
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Jangan Ganggu Buah Hatiku Oleh Isma Adeliya
Jangan Ganggu Buah Hatiku karya Isma Adeliya mengisahkan hubungan yang tercetus antara dua individu daripada dunia yang berbeza serta dipenuhi konflik emosi. Kisah ini berpusat pada Irsyad Rifqi. Cari mama, pujuk mama supaya rujuk semula dengan papa, satukan semula keluarga yang sudah berpecah, kemudian baru fikirkan tentang diri sendiri. Tapi bagaimana mahu buat Irsyad Rifqi yang tidak putus asa menggoda, memujuk dan mendesak faham akan keutamaannya?
Sinopsis Novel Jangan Ganggu Buah Hatiku
Cari mama, pujuk mama supaya rujuk semula dengan papa, satukan semula keluarga yang sudah berpecah, kemudian baru fikirkan tentang diri sendiri. Tapi bagaimana mahu buat Irsyad Rifqi yang tidak putus asa menggoda, memujuk dan mendesak faham akan keutamaannya?
“Sekiranya menyayangi awak, merindui awak, mengambil berat tentang awak adalah satu kegilaan… saya sanggup gila sepanjang hayat.”- Irsyad Rifqi
Keadaan menjadi lebih rumit apabila rupa-rupanya kekasih mama ialah abang kepada Irsyad Rifqi. Nanti apa gelaran pangkat yang perlu dia panggil, abang ipar atau bapa tiri?
“Saya tak boleh paksa awak terima angah saya sebagai suami baru mama awak. Tapi jangan disebabkan mereka, hubungan kita terganggu. Saya sayangkan awak dan tak ada apa yang boleh menggugat rasa cinta yang ada.” – Irsyad Rifqi
Tambah kalut apabila wujud Aish Mirza, lelaki kekwat bermulut pedas yang merasakan kehadiran Samirah begitu menyusahkan.
“... Jangan perasan aku nak peluk kau. Tiang lampu tu lagi sedap dipeluk daripada kau!” – Aish Mirza
Bila si kekwat tiba-tiba berubah, setia menemani, menasihati dan mendengar setiap keluh-kesah, ikhlaskah dia, atau ada niat jahat yang tersembunyi?
“A good girl like Samira deserves a good man like me. Ingat, jangan ganggu buah hati aku!” – Irsyad Rifqi
“Apa pun perasaan aku terhadap Ira tak penting. Aku tak suka nak ganggu buah hati orang...” – Aish Mirza
Berjayakah Samirah menyatukan keluarganya dan antara CEO muda yang punya segala dan seorang lelaki yang biasa-biasa, siapakah yang berjaya menawan dan menjadi buah hati Samirah?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Jangan Ganggu Buah Hatiku
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
- Kekeluargaan
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Isma Adeliya
- Aku Dan 1B3K
- Saat Kau Lafazkan