Orabook
Indah Cintaku Oleh Msroses
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Novel Indah Cintaku Oleh Msroses
Indah Cintaku ialah novel romantik karya Msroses yang menggabungkan elemen arranged marriage, kahwin dengan sepupu, komedi romantik dan kehidupan selepas berkahwin. Jalan ceritanya yang santai, dipenuhi dialog lucu serta perkembangan hubungan yang manis menjadikan novel ini sesuai untuk pembaca yang sukakan kisah cinta ringan tetapi menyentuh hati.
Sinopsis Novel Indah Cintaku
"Saya terima nikahnya Dayana Aleesa binti Mohd Daud dengan mas kahwin sebatang coki-coki."
Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi dengan abang sepupunya yang agak pendiam itu. Bercakap pun tak pernah tiba-tiba ibu suruh kahwin? Alasan ibu supaya senang ada orang jagakan Yana yang kerja jauh daripada ibu. Ish tak nak lah! Bukannya Yana tak boleh jaga diri sendiri.
Bagi Izhan Hakimi pula, hidupnya sendiri pun tak terjaga, boleh pulak mama suruh dia kahwin dengan adik sepupunya yang banyak mulut tu? Ingat Izhan ni babysitter ke? Masalahnya yang dia kena jaga tu bukan baby. Dah boleh jadi mak baby dah. Ish tak nak lah! Buat serabut kepala je nanti.
"Yana boleh jaga diri sendiri. Abang Iz tak payah jaga pun. Lagipun Yana bukan budak kecik.." - Dayana Aleesa
"Okay." - Izhan Hakimi
"Nanti kita tak payah la tinggal sekali, Abang Iz. Bukannya ibu dengan maklong tahu pun." - Dayana Aleesa
"Okay." - Izhan Hakimi
Senang betul kerja bila dapat suami pendiam macam ni. Semua dia okay kan aje. Tak banyak cakap.
"Mulai sekarang, abang Iz akan jaga Yana. Yana tanggungjawab abang Iz" - Izhan Hakimi
Eh? Kenapa lain pula ceritanya?
Selami kisah santai bagaimana si mulut becok dan si mulut batu mengenali hati budi masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Kisah perkahwinan yang diatur keluarga dengan jalan cerita santai dan menghiburkan.
- Gandingan watak heroin yang becok dan hero pendiam yang mencuit hati.
- Dialog romantik dan komedi yang membuatkan pembaca tersenyum.
- Perkembangan cinta selepas berkahwin yang manis dan realistik.
- Sarat dengan nilai kekeluargaan, kasih sayang dan tanggungjawab dalam rumah tangga.
- Gaya penulisan ringan serta mudah diikuti sehingga ke halaman terakhir.
Genre Novel Indah Cintaku
Novel Romance, Contemporary Romance, Arranged Marriage, Family Romance, Romantic Comedy, Novel Melayu.
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Novel romance Melayu.
- Kisah kahwin dengan sepupu.
- Arranged marriage dan kahwin paksa.
- Hero pendiam dan heroin ceria.
- Kisah cinta selepas berkahwin yang santai dan menghiburkan.