• 8624
1

Al-Hidayah

Fadilat Solat Sunat Rawatib

Regular price
RM 11.00
Sale price
RM 11.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Fadilat Solat Sunat Rawatib

Fadilat Solat Sunat Rawatib ialah buku karya Fashilah Tayyib yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini menghimpunkan hadis serta penerangannya untuk membantu pembaca memahami sunnah Rasulullah SAW.

Sinopsis Buku Fadilat Solat Sunat Rawatib

Solat Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardu. Sunat Rawatib terdiri daripada dua bahagian iaitu yang ditekankan pelaksanaannya (muakkad) dan yang tidak ditekankan pelaksanaannya (ghaira muakkad). Bagi solat sunat yang dikerjakan sebelum solat fardu dikenali sebagai Qobliyah manakala bagi solat sesudah solat fardu dikenali sebagai Ba'diyah. Hikmah solat Qobliyah adalah untuk menenangkan jiwa seseorang setelah melalui kesibukan aktiviti kehidupan seharian hingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu khusyuk.

Manakala hikmah solat sunat Ba'diyah bertindak bagi menyempurnakan apa-apa kekurangan yang mungkin wujud ketika melakukan solat fardu.Hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah r.a menjelaskan terdapat dua belas rakaat solat sunat rawatib sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah Daripada lbnu Umar (r.a) beliau berkata: "Saya sentiasa memelihara sepuluh rakaat yang pernah saya terima daripada Nabi (s.a.w), iaitu 2 rakaat sebelum Zohor, dua rakaat lagi sesudahnya, dua rakaat sesudah Maghrib di dalam rumahnya, dua rakaat sesudah Isyak di dalam rumahnya, dua rakaat lagi sebelum Subuh: [Muttafaq'alaih]

Buku ini menghuraikan tentang kelebihan mengerjakan solat sunat Rawatib yang banyak sekali seperti murah rezeki, menghapuskan dosa, mengangkat darjat seseorang dan lain-lain lagi. Semoga kita dapat mengambil manfaat daripada perkongsian ilmu di dalam buku ini dan bersama-sama kita istiqamah dengan amalan solat Rawatib yang mengiringi solat fardu dalam kehidupan seharian demi meraih keredhaan Allah S.W.T.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Menambah kefahaman terhadap hadis Nabi.
  • Memahami sunnah dalam kehidupan seharian.
  • Menjadi bahan rujukan agama.
  • Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Maklumat Buku

  • Penulis: Fashilah Tayyib
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674390594
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar agama.
  • Guru agama.
  • Pendakwah.
  • Pembaca umum.