• 8156
1

Fajar Pakeer

Dia Yang Kumahu Oleh Ilyana Hani

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Dia Yang Kumahu Oleh Ilyana Hani

Dia Yang Kumahu karya Ilyana Hani mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Rafie. Usah dipercaya janji setia, andai penghujungnya jiwa tetap terluka Gara-gara salah sangka, Irdina menyerang Rizqi apabila melihat lelaki itu melayan mesra seorang gadis. Dia ingatkan lelaki itu Rafie, tunang Suhana merangkap kawan baiknya. Sumpah, dia tidak

Sinopsis Novel Dia Yang Kumahu

Usah dipercaya janji setia, andai penghujungnya jiwa tetap terluka

Gara-gara salah sangka, Irdina menyerang Rizqi apabila melihat lelaki itu melayan mesra seorang gadis. Dia ingatkan lelaki itu Rafie, tunang Suhana merangkap kawan baiknya.
Sumpah, dia tidak tahu pun Rafie punya kembar bernama Rizqi.

Akibat kekecohan yang ditimbulkan oleh Irdina, semua hura-hara. Rizqi muncul, menuntut agar Irdina meyakinkan Najwa bahawa dia tidak bersalah dan menuntut untuk menyatukan semula dia dengan kekasih hatinya.

Komplot cinta dilancarkan. Kata Rizqi, komplot cinta ini hanya perlu diselesaikan dalam masa lima hari kerana dia berjanji untuk membawa kekasih hati a.k.a bakal calon isteri untuk dikenalkan kepada keluarganya hujung minggu ini.

Matilah Irdina… siapa suruh jaga tepi kain orang kan!

Pelan A, gagal! Pelan B, gagal! Pelan C juga gagal dan menyakitkan hati! Rupa-rupanya Najwa main kayu tiga di belakang Rizqi. Muncul lagi masalah bila komplot cinta tak jadi. Sudahnya, Irdina yang dibawa dan diperkenalkan kepada keluarga sebagai kekasih hati Rizqi.

“Komplot cinta ini akan tamat selepas kita balik dari kampung awak. Selepas tu, saya dan awak dah tak ada kaitan. Remember! When it is over, it means over!” – IRDINA AMANI

Tetapi… lain pulak susunan plotnya bila kisah cinta mereka bermula...

“Kadang-kadang perkara yang kita nampak, tak sama dengan perkara yang kita fikir. Jangan sesekali
percaya dengan firasat sendiri tanpa mengetahui perkara sebenar.” - FARIZ RIZQI

Kerana komplot cinta, sebuah kisah tidak terduga mengacau jiwa dan minda...
Kerana komplot cinta juga, mereka teruji…

Adakah semuanya sudah terlewat bagi Rizqi untuk mempertaruhkan cintanya?

Atau Irdina sekadar menjadi pemanis sementara untuk sebuah hubungan yang tidak pasti?

Kisah mereka tidak kalah indahnya, namun di sebalik rasa yang membara, ada sebuah perjalanan berkisah tentang cinta dan luka.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Dia Yang Kumahu

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Ilyana Hani

  • Aku Alergik Cinta
  • Dia Gadis Idaman