Suara Hati Publication
Dia Muntaqibah Hatiku Oleh Ella Syasdhia
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Dia Muntaqibah Hatiku Oleh Ella Syasdhia
Dia Muntaqibah Hatiku karya Ella Syasdhia mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Memori. Bila cinta yang disangka bertepuk sebelah tangan bertukar menjadi tragedi, hidup Eshaal berendam dengan darah keluarganya. Tragedi hitam itu telah membuatkan dunianya bertukar gelap-gelita. Memori hitam yang menghantui membuatkan dia hilang kewarasan fikiran.
Sinopsis Novel Dia Muntaqibah Hatiku
Bila cinta yang disangka bertepuk sebelah tangan bertukar menjadi tragedi, hidup Eshaal berendam dengan darah keluarganya. Tragedi hitam itu telah membuatkan dunianya bertukar gelap-gelita. Memori hitam yang menghantui membuatkan dia hilang kewarasan fikiran. Mujurlah Eshaal dapat bertongkat melalui kekuatan si abang yang setia di sisi.
Namun, Eshaal dimomok dengan tanggapan bahawa dialah gadis paling hodoh akibat kesan peristiwa hitam itu. Padanya cinta adalah zalim kerana cinta… dia kehilangan ibu, bapa, tunang dan sahabat baiknya dalam sekelip mata.
Sehingga munculnya seorang lelaki, mengetuk pintu hatinya yang selama ini dikunci kemas.
“Saya cintakan awak! Saya nak kahwin dengan awak!” – Zarkashi.
Eshaal mula goyah tatkala mengetahui lelaki itu salah seorang daripada memori silam yang cuba dia lupakan.
“Jangan jatuh cinta dengan saya! Awak dah silap. Awak tak patut jatuh cinta dengan saya.” – Eshaal.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Dia Muntaqibah Hatiku
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Ella Syasdhia
- Dia Setajam Kaktus