Kaseh Aries Publication
Dia Maryamku Oleh Shafatin Yusof
- Regular price
- RM 32.00
- Sale price
- RM 32.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Dia Maryamku Oleh Shafatin Yusof
Dia Maryamku karya Shafatin Yusof membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Bagi Ayden Lee. It’s the lie that kills me.” ~ MARYAM Waktu dan takdir menemukan mereka dalam sebuah perjalanan. Indah pada permulaan namun di sebaliknya terlindung sebuah kepahitan. Mereka kehilangan, mereka ditinggalkan. Kehilangan bagi Maryam sebenarnya adalah kekuatan.
Sinopsis Novel Dia Maryamku
“I can handle the truth. It’s the lie that kills me.” ~ MARYAM
Waktu dan takdir menemukan mereka dalam sebuah perjalanan. Indah pada permulaan namun di sebaliknya terlindung sebuah kepahitan.
“Perjalanan kita menuju pengakhiran yang sama, meskipun berbeza laluan dan permulaan.” ~ FATEH ADDIN
Dalam perjalanan itu mereka adalah satu. Mereka kehilangan, mereka ditinggalkan.
Kehilangan bagi Maryam sebenarnya adalah kekuatan. Bukan titik kelemahan. Bukan kesedihan berpanjangan. Maryam merasai kehilangan pada mereka yang pulang.
Bagi Ayden Lee, ditinggalkan orang tersayang menjadikan dia manusia yang mati pada jiwa, kosong tanpa rasa, hidup dalam dendam yang tidak pernah hilang.
“Jika awak mampu membuatkan saya jatuh suka pada awak, mungkin suatu hari nanti awak juga mampu membuatkan saya jatuh cinta pada agama awak, Maryam.” – AYDEN LEE
“Jangan libatkan dia dalam permasalahan di antara kau dan aku. Sekali kau sentuh dia, aku tak akan teragak-agak untuk hapuskan kau dengan tangan aku sendiri.” – FATEH ADDIN
Saat perjalanan mereka berteman bahagia, akhirnya sebuah rahsia mengoyakkan seluruh kepercayaan. Kerana kebenaran itu, Sarah Maryam tewas. Bukan kerana kebenaran yang menyakitkan tapi pembohongan yang melukakan.
“Sarah Maryam, awak sedang menghukum saya.”
“Saya tak pernah menghukum awak. Saya bukan Tuhan, bukan juga malaikat. Saya tak berhak menghukum, menghakimi atau menilai awak. Tapi semua ini benar-benar buat saya sakit.”
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Dia Maryamku
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.