• 7267
1

Umum

Dahsyatnya Tulisan Ini Milik Siapa

Regular price
RM 35.90
Sale price
RM 35.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Dahsyatnya Tulisan Ini Milik Siapa

Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada pembaca yang ingin menambah pengetahuan dalam bidang berkaitan.

Sinopsis

Hakikatnya, kebanyakan kita tidak memahami orang di sekeliling kita. Hatta suami/isteri yang telah berumah tangga lebih 10 tahun pun kita masih lagi tidak faham perangai dan karakter masing-masing.

Ini menyebabkan banyak masalah komunikasi antara

Suami Isteri
Anak-anak
Rakan Sekerja
Pekerja
Dan sebagainya
Tapi, bagaimana nak mengenal seseorang itu secara mudah, cepat dan tepat?

Senang sahaja! Dengan hanya menganalisa tulisan tangan mereka, kita dapat tahu karakter luaran dan dalaman mereka. Dengan memahami orang sekeliling kita, kita dapat hidup dengan lebih bahagia dan lebih merasakan empati terhadap orang-orang sekeliling kita.

Sebab itulah saya menulis buku ini. Hanya dengan pelaburan kurang RM50, anda dapat belajar cara-cara untuk ‘scan’ tulisan tangan orang-orang di sekeliling anda.

Antaranya perkara yang dapat dirungkaikan melalui tulisan tangan adalah:

Kekuatan & Kelemahan Anda
Faktor Penghalang Kejayaan Anda
Permasalahan Kewangan Anda
Tahap Kejujuran Seseorang
Mengenal Personaliti Seseorang


7 KEBAIKAN ANALISIS TULISAN TANGAN
Pemahaman tulisan tangan boleh membantu anda melalui kelebihan- kelebihannya:

Kajian analisis tulisan tangan meletakkan anda berhubung dengan dunia baru dan menarik perkara yang berkaitan dengan potensi yang luar biasa
Tulisan tangan anda memegang bukti kekuatan diri anda yang akan membantu anda untuk percaya pada diri sendiri.
Keupayaan untuk menganalisis tulisan tangan boleh memberi anda pemahaman yang baru mengenai diri sendiri atau orang lain yang anda sayangi.
Mengetahui kekuatan sebenar anda akan meletakkan pusat kawalan di tangan anda sendiri.
Anda akan menemui mengapa anda tidak mempunyai rakan atau rakan kongsi atau seseorang yang anda suka atau disukai.
Anda akan memahami kaedah yang anda gunakan untuk menangani masalah anda.
Anda akan mengetahui bagaimana hubungan anda dengan orang lain – jika anda terlalu malu atau terlalu mendominasi; jika anda seorang pendiam atau peramah.


BAGAIMANA SAYA TERJEBAK DENGAN DUNIA GRAFOLOGI?
Bermulanya saya dengan grafologi secara serius adalah ketika mencari solusi kepada masalah anak saya. Saya hairan mengapa walaupun sudah berumur 7 tahun, beliau masih belum boleh membaca. Kalau tengok luarannya, riak mukanya dan percakapannya, nampak seperti budak pandai. Tapi, masih belum boleh membaca seperti rakan-rakan seumurnya walaupun penat saya menghantar beliau ke kelas tambahan membaca.

Bayangkan, umur baru 7 tahun terpaksa pergi kelas tambahan membaca. Kelas tersebut pun bukannya murah. Dikatakan, murid-muridnya boleh membaca sepantas 6 bulan berada di program itu. Tapi, anak saya yang seorang ni masih lagi tak boleh membaca. Saya buntu!

Pada satu hari saya terdetik nak tengok tulisan anak saya ini. MasyaAllah ! Saya terkejut sangat. Rupanya anak saya ini ada karakter ‘lambat tangkap’. Dan setelah diselidik, rupanya beliau ada minor dyslexia.

Jadi, dari situ saya mula belajar lebih mendalam lagi dan suka untuk berkongsi tentang ilmu grafologi ini kepada lebih ramai orang. Sebabnya, kadang-kala kita sebagai ibu-bapa tidak memahami anak-anak. Kebanyakan masa, kita lebih cenderung untuk mendidik anak mengikut acuan kita, walhal anak itu tak suka pun, atau bukan karakternya begitu. Akhirnya, anak itu tidak bahagia dengan ‘acuan’ yang dibentuk oleh ibu-bapanya sendiri.

Oleh sebab itulah saya terbitkan buku pertama saya ini sebagai satu initiatif untuk membantu masyarakat memahami individu di sekeliling mereka. Saya sangat berharap buku ini menjadi panduan untuk anda lebih bahagia.