• 6544
1

Lovenovel

Cinta Untuk Mr Hero

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Cinta Untuk Mr Hero Oleh Diya Jamal

Cinta Untuk Mr Hero karya Diya Jamal membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Bila. Kerana satu insiden, Zalya nekad untuk mendekati Nazif walau dengan apa cara sekalipun. Apabila Nazif menafikan, Zalya mula menghantar pesanan WhatsApp ala-ala stalker hampir setiap hari. Cia cia cia…’ – Zalya Tidak cukup dengan serangan WhatsApp, Zalya

Sinopsis Novel Cinta Untuk Mr Hero

Kerana satu insiden, Zalya nekad untuk mendekati Nazif walau dengan apa cara sekalipun. Apabila Nazif menafikan, Zalya mula menghantar pesanan WhatsApp ala-ala stalker hampir setiap hari.

‘Bila awak nak sambut?’ – Zalya

‘Sambut apa?’ -Nazif

‘Sambut salam cinta kasih sayang daripada saya. Cia cia cia…’ – Zalya

Tidak cukup dengan serangan WhatsApp, Zalya sanggup menghentam kereta lelaki itu demi mencipta kebetulan. Kemik kereta lelaki itu dikerjakannya. Namun tindakan luar alamnya itu hanya mengundang kemarahan dan kebimbangan Nazif.

“Hurm… saya tahu kenapa awak risau sangat dengan saya. Saya rasa awak dah jatuh ni.” – Zalya

“Jatuh apa?” – Nazif

“Jatuh cinta dengan saya.” – Zalya

Jatuh cinta? Mahu Nazif tidak terkejut apabila bertemu gadis seperti Zalya. Tahap keyakinan gadis itu lain macam. Malah, suka-suka hati mahu tahu sama ada hatinya sudah terpikat ataupun tidak. Namun kehadiran Zalya sedikit sebanyak mengusik jiwanya. Tanpa sedar, cinta datang mengetuk pintu hati.

Saat bahagia mula terasa, kebenaran yang tak disangka-sangka terbongkar di depan mata. Zalya rasa tertipu dan dikhianati. Rupa-rupanya ada rahsia yang tersimpan rapi.

“Maafkan saya, Zalya.” – Nazif

“Maaf? Awak tahu tak apa yang paling saya benci dalam hidup saya? Pe-ni-pu! Orang macam awaklah yang paling saya benci sekali! Awak sedar tak betapa besarnya pembohongan awak? Awak fikir senang-senang aje saya boleh maafkan?” – Zalya.

“Saya tak berniat untuk tipu awak, Zalya.” – Nazif

“Habis, kenapa tak berterus terang dari awal? Kenapa awak diamkan aje? Kalau saya tahu, saya tak payah kahwin dengan awak. Saya tak payah rasa terseksa sebab kena tipu hidup-hidup begini!” – Zalya

Mampukah Zalya terus mencintai Mr. Heronya seikhlas hati?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Cinta Untuk Mr Hero

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Diya Jamal

  • Demi Rindumu
  • Kombo November 2016