Fajar Pakeer
Bukan Itu Yang Kuinginkan Oleh Ezdiani Abd Rahman
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Bukan Itu Yang Kuinginkan Oleh Ezdiani Abd Rahman
Bukan Itu Yang Kuinginkan karya Ezdiani Abd Rahman membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Kala. Tapi, bagaimana kalau satu hari nanti ada seseorang yang layak dicintai? Amisha setia pada cintanya kepada arwah Danish. Pemergian Danish ke negara abadi merenggut kehidupannya. Kau yang buat anak aku mati!" – PUAN AZIZAH Bencinya Puan Azizah kepada Amisha.
Sinopsis Novel Bukan Itu Yang Kuinginkan
Cinta sejati takkan terganti. Tapi, bagaimana kalau satu hari nanti ada seseorang yang layak dicintai?
Amisha setia pada cintanya kepada arwah Danish. Pemergian Danish ke negara abadi merenggut kehidupannya.
"Kau pembunuh! Kau yang buat anak aku mati!" – PUAN AZIZAH
Bencinya Puan Azizah kepada Amisha. Kerana detik hitam itu Amisha terkesan. Dia tertekan dengan kata-kata nista itu.
Di kala hati mengatakan tidak kepada cinta, datang Fawwaz yang sekian lama menaruh hati kepada Amisha. Baru mengorak bahagia, Fawwaz pergi juga meninggalkannya selamanya. Benar kata orang… Dia perempuan malang. Dia pembawa bencana. Sungguh Amisha mengakui kebenarannya.
Kala dia menjahit luka yang masih berdarah, si kembar Danish iaitu Danny cuba merisik hatinya. Tapi, Amisha menolaknya.
"Cukuplah hubungan kita sebagai bekas ipar sahaja. Itu lebih baik daripada kita melukakan banyak hati." – AMISHA
“Memang bukan jodoh, bila ikatan itu tidak terjalin. Tetapi, berusaha memiliki jodoh, itu bukanlah satu kesalahan.” - DANNY
Mampukah Danny meluluhkan perasaan Amisha yang masih terkapai-kapai mencari cinta yang hilang? Atau Amisha terus menerus memilih menutup hatinya?
Rindu itu menyakitkan, lebih-lebih lagi merindui seseorang yang telah pergi selama-lamanya.
Sampai bila dirinya menyimpan rasa sayang kepada si dia yang telah tiada?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Bukan Itu Yang Kuinginkan
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Ezdiani Abd Rahman
- Kau Adalah Dia
- Cinta Tersalah Alamat
- Abang Romantik Rumah Sebelah
- Sepupuku Jadi Isteriku
- Cinta Tak Sempurna