• 9196
  • 9197
1

Al-Hidayah

Bakurah Al-Amani

Regular price
RM 5.50
Sale price
RM 5.50
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Bakurah Al-Amani

Bakurah Al-Amani ialah buku karya Alim Al-Allamah Al-Syeikh Ismail bin Abdul Qadir Al-Fathani yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami asas akidah dan tauhid yang menjadi teras keimanan seorang Muslim.

Sinopsis Buku Bakurah Al-Amani

Buku ini adalah salah sebuah kitab turath yang sangat popular di kalangan pelajar yang mendalami ilmu agama di pondok-pondok, di surau-surau, di masjid-masjid dan juga di pejabat-pejabat. Syarah Bakurah Al-Amani ialah sebuah kitab yang menghuraikan bab Tauhid iaitu tentang sifat-sifat Allah. Untuk mempelajari kitab sebaiknya ia dipelajari secara talaqqi bersama guru yang murabbi demi mendapat kemanisan dan keberkatan ilmunya. Teks asal kitab ini ialah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi. sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami ilmu agama, maka Ustazah Noraine Abu telah berusaha menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan rumi tanpa sebarang pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka mengikuti setiap patah perkataaan yang terdapat di dalam teks asal. Semoga kita bersama-sama mengecapi kemanisan ilmu yang diwariskan ulama terdahulu.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Memahami asas akidah Islam dengan lebih jelas.
  • Menjelaskan perkara berkaitan tauhid dan rukun iman.
  • Membantu memperkukuhkan keyakinan terhadap ajaran Islam.
  • Sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran agama.

Maklumat Buku

  • Penulis: Alim Al-Allamah Al-Syeikh Ismail bin Abdul Qadir Al-Fathani
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674390181
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar sekolah agama dan pondok.
  • Penuntut ilmu agama.
  • Guru dan pendakwah.
  • Muslim yang ingin memperkukuhkan akidah.