• 4358
1

Karyaseni

Alergi Mamat Romantik Oleh Ezza Mysara

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Alergi Mamat Romantik Oleh Ezza Mysara

Alergi Mamat Romantik karya Ezza Mysara membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Arjuna. Kerjaya sebagai penulis novel separuh masa secara rahsia, hal ini membuatkan dunia Nurul Kaisara bergelumang dengan ayat-ayat bergula. Pembaca kata, hero kena sweet, barulah cerita jadi best! Tapi bagi Kaisara cukuplah jika bakal imamnya memenuhi dua

Sinopsis Novel Alergi Mamat Romantik

Kerjaya sebagai penulis novel separuh masa secara rahsia, hal ini membuatkan dunia Nurul Kaisara bergelumang dengan ayat-ayat bergula. Pembaca kata, hero kena sweet, barulah cerita jadi best! Tapi bagi Kaisara cukuplah jika bakal imamnya memenuhi dua kriteria.

1. Bukan kawan baik. (Pernah bercinta separuh jalan dengan kawan baik.)
2. Bukan lelaki romantik. (Lelaki mulut manis biasanya kaki perempuan.)

Lalu muncul pula peguam baru di ofis Kaisara. Habis dibangkang kriteria lelaki idaman Kaisara yang langsung tak masuk akal.

“Mazhab mana yang ajar kawan baik tak boleh kahwin? Lagi satu... Bukan ke perempuan idamkan lelaki romantik? Perlu ke saya ragui jantina awak sekarang?” – Arjuna.

“Eh… Calon suami saya, kan? Ikut suka hati sayalah nak letak kriteria apa pun!” – Kaisara.

Satu insiden telah terjadi. Rupa-rupanya Arjuna ni adalah peminat novel-novel Kaisara. Notis ugutan dilayang. Kaisara kena ajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara. Jika Kaisara menolak, identiti sebagai penulis akan dibocorkan. Takut rahsianya terbongkar, tawaran untuk mengajar subjek ‘romantik’ diterima tanpa rela.

“Saya tengok hati awak macam kosong.” – Arjuna.

“So?” - Nurul Kaisara

“Bolehlah saya duduk dalam tu?” – Arjuna.

“What?!” – Kaisara.

Hilang nak mengajar, hati Kaisara pula yang belajar untuk jatuh suka. Tapi takkan dia jatuh cinta dengan kekasih orang? Mamat romantik pula tu!

“Itulah kau… Kau ingat cinta tu macam traffic light? Ada merah tanda jangan. Ada hijau tanda jalan atau ada kuning tanda waswas?” – Bakhtiar.

Kaisara lupa. Cinta itu tak ada pagar. Kaisara ni sejenis spesies ikut dan langgar aje. Manalah dia tahu yang di situ kawasan larangan untuk jatuh cinta? Apa yang Kaisara kena buat sekarang? Kalau dia boleh langgar kriteria kedua, mungkin dia pun boleh langgar kriteria pertama. Perlu ke dia lamar Bakhtiar untuk mengubati kekecewaan dia kerana Arjuna?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Alergi Mamat Romantik

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Ezza Mysara

  • Jodoh Yang Sekadar Singgah
  • Luluh
  • Cinta Untuk Sedetik Lagi
  • Bidadari Tanpa Sayap
  • Bukan Cinta Secondhand