• 7961
1

Al-Hidayah

Siapakah Sebenarnya Muhammad Bin Abd Wahhab & Apakah Perjuangan Beliau

Regular price
RM 9.00
Sale price
RM 9.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Siapakah Sebenarnya Muhammad Bin Abd Wahhab & Apakah Perjuangan Beliau

SYEIKH Muhammad bin Abd Wahhab merupakan seorang ulama yang berjaya melakukan islah di Semenanjung Tanah Arab dalam bentuk membanteras segala kepercayaan syirik dan amalan yang tidak berlandaskan sunnah Rasulullah SAW. Beliau juga berjaya membuat perjanjian dengan pemerintahan Dar’iyyah untuk menjaga sunnah Rasulullah SAW. Agak jarang ulama yang berjaya bekerjasama dengan seorang pemerintah pada zaman moden ini bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang berteraskan kepada al-Quran dan juga as-Sunnah.

Malah ada yang terkeliru sehingga ada yang menyamakan mereka dengan golongan Khawarij yang telah difatwakan oleh ulama pada masa itu sebagai sesat. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan Wahabiyyah. Ketakutan kepada golongan Wahabi ini kadang-kadang telah mendorong sesetengah ustaz dan golongan agama di negara kita melabelkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka dalam beberapa isu agama sebagai Wahabi.

Bagi mengenali dengan lebih mendalam siapakah sebenarnya Muhammad bin Abd Wahhab dan menyelami perjuangannya, buku ini tampil memberikan pendedahan secara terperinci dan mudah untuk difahami. Semoga dengan mengkaji dengan mendalam, kita akan terhindar daripada fitnah dan tohmahan terhadap ulama’ yang merupakan pewaris para Nabi.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Biografi dan latar belakang Syeikh Muhammad bin Abd Wahhab
  • Perjuangan islah dalam membanteras syirik dan khurafat
  • Pemurnian akidah tauhid berlandaskan alQuran dan alSunnah
  • Kerjasama Muhammad bin Abd Wahhab dengan pemerintahan Dar’iyyah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang ingin mengenali sejarah dan pemikiran Muhammad bin Abd Wahhab
  • Pelajar pengajian Islam dan akidah
  • Guru, ustaz dan pendakwah
  • Pembaca yang ingin memahami isu Wahabiyyah secara lebih objektif

Maklumat Buku

  • Penulis: Prof Dr Wahbah Az-Zuhaili
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674392277
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan