Al-Hidayah
Masuk Syurga Berbekalkan Doa Anak Yatim
- Regular price
- RM 15.00
- Sale price
- RM 15.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Masuk Syurga Berbekalkan Doa Anak Yatim
Rasulullah s.a.w. sangat mencintai dan mengasihi anak-anak, lebih-lebih lagi anak yatim. Siapakah anak-anak yatim ini? Mereka adalah anak-anak yang telah kehilangan ayah ketika mereka masih belum baligh. Ketika ini mereka amat bergantung harap kepada bapanya.
Bayangkanlah bagaimana perasaan anak-anak ini ketika rakan-rakan sebaya mereka begitu riang kerana mendapat perhatian dan kasih sayang daripada kedua ibu bapa mereka. Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. amat menyayangi anak-anak yatim ini. Malah kelebihan yang besar terdapat pada anak-anak yatim ini adalah doa mereka sangat makbul. Sebagai insan yang waras pasti kita tidak mahu melihat anak-anak kecil ini diperlakukan dengan sewenang-wenangnya.Semoga dengan pencerahan yang diberikan di dalam buku ini memberikan kita keazaman untuk mengikuti sunnah Nabi s.a.w. dalam mencintai dan mengasihani golongan anak-anak yatim.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kasih sayang Rasulullah s.a.w. terhadap anak yatim
- Pengertian dan keadaan anak yatim
- Keutamaan menjaga kebajikan anak yatim
- Keistimewaan doa anak yatim
Buku Ini Sesuai Untuk
- Individu yang ingin memahami keutamaan menyantuni anak yatim
- Ibu bapa yang mahu mendidik anak tentang kasih sayang dan kepedulian sosial
- Pengasuh, guru dan sukarelawan kebajikan kanakkanak
- Para penyumbang dan penggerak institusi anak yatim
Maklumat Buku
- Penulis: Muhammad Syukron Maksum
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674390600
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 6 x 8 inci
- Berat: 0.3 kg