Al-Hidayah
Selawat Pilihan
- Regular price
- RM 14.00
- Sale price
- RM 14.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Selawat Pilihan
Selawat merupakan cara umat Islam menunjukkan rasa kecintaan dan penghargaan kepada Rasulullah s.a.w. Ada di antara Para sahabat yang menggunakan lafaz “sayyidina” sebagai tanda penghormatan dan pengagongan kepada baginda s.a.w walaupun baginda tidak mahu diagongkan sebegitu rupa. Namun sebagai umat yang menyayangi baginda dan menghargai jasa baik baginda terhadap perjuangan Islam maka tidak salah bagi kita untuk menggunakan lafaz yang mulia itu untuk mengingati Rasulullah s.a.w. Buku ini mengupas serba sedikit ayat-ayat al Qur’an dan hadith-hadith yang mengajak umat Islam seluruhnya memuliakan baginda s.a.w dengan berselawat. Ada di antara hadith-hadith yang disebut matan-matannya dengan lengkap. Selawat-selawat yang diketengahkan mempunyai fadilat-fadilat tertentu antaranya dapat memberikan ketenangan, kemurahan rezeki, menghilangkan ketakutan, menyembuhkan penyakit, membawa kehidupan yang diberkati Allah sepanjang hidupnya dan sebagainya. Tidak salah bagi umat Islam untuk bertawassul dengan Rasulullah s.a.w selagi tidak membawa kepada syirik. Secara umumnya selawat-selawat yang terdapat di dalam buku ini sekiranya diamalkan dengan ikhlas dan dengan niat mendekatkan diri kepada Rasulullah s.a.w akan memberikan kita syafaat di hari kemudian, malah yang istimewanya juga selawat umat Islam akan didengari oleh baginda s.a.w di mana jua kita berada…. Semoga jiwa kita sentiasa terikat dengan cahaya Ilahi dan nur hidayah Rasulullah dengan selalu berselawat kepadanya.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Pengertian dan keutamaan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
- Dalil alQuran dan hadith tentang memuliakan serta berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
- Lafaz “sayyidina” sebagai tanda penghormatan dan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.
- Himpunan selawat pilihan berserta fadilat seperti ketenangan, kemurahan rezeki dan keberkatan hidup.
Buku Ini Sesuai Untuk
- Individu yang ingin mendalami kelebihan dan fadilat berselawat.
- Peminat buku kerohanian dan pengajian Islam.
- Pelajar sekolah agama, pondok dan institusi pengajian Islam.
- Guru, pendakwah dan pengendali majlis ilmu atau majlis selawat.
Maklumat Buku
- Penulis: Ustaz Mahmud Samiy
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789675115257
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 6 x 8 inci
- Berat: 0.3 kg