• 7851
1

Al-Hidayah

Al-Wafi Syarah Hadith 40

Regular price
RM 58.00
Sale price
RM 58.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Al-Wafi Syarah Hadith 40

Hadith Arba’in adalah kumpulan hadith yang sudah tidak asing lagi dikalangan kaum muslimin, bahkan banyak dari mereka yang sudah menghafalnya. Ia merupakan kumpulan hadith yang disusun oleh Imam An-Nawawi.

Kesemua hadith yang terdapat di dalam kitab ini adalah merupakan hadith-hadith yang merangkumi asas-asas penting dari asas agama, yang telah dinyatakan oleh para ulama’ bahawa ia merupakan pokok-pokok ajaran Islam atau merupakan separuh agama atau sepertiganya dan seumpamanya.

Kesemua hadith-hadith ini merupakan hadith-hadith sahih dan sebahagian besar daripadanya diambil daripada Kitab Sahih Bukhari dan Muslim. Salah satu keunggulan hadith-hadith yang dicantumkan di dalamnya adalah merupakan hadith yang ringkas tetapi mengandungi makna yang sangat luas. Memang secara umum Rasulullah SAW memiliki kelebihan-kelebihan dalam menyampaikan pesanan dengan ungkapan Jawami’ul Kalim (kalimat ringkas tapi padat).

Atas dasar itu, maka banyak dari para ulama’ yang berusaha untuk menyelami kedalaman maknanya, lalu mengeluarkan mutiaranya untuk dipersembahkan kepada generasi Islam yang diantaranya adalah kitab “Al-Wafi” yang ada di hadapan para pembaca sekarang ini. Adapun kelebihan dari kitab ini adalah perbahasannya yang sistematik dan tersusun, dimana setiap hadith dikupas dari segi bahasa, sebab-sebab munculnya hadith, pemahaman dan pelajaran yang dikandungnya, juga tentang biografi ringkas dari setiap perawinya.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Huraian dan syarah Hadis 40 Imam AnNawawi
  • Asasasas penting dalam ajaran Islam
  • Analisis bahasa dan maksud setiap hadis
  • Sebab kemunculan hadis serta konteksnya

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pelajar yang ingin memahami Hadis 40 Imam AnNawawi
  • Pembaca umum yang mahu mendalami asas agama Islam
  • Guru, pendakwah dan pengajar ilmu hadis
  • Penghafaz Hadis 40 yang ingin memahami makna hadis

Maklumat Buku

  • Penulis: Dr. Mustafa Al-Bugha
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789830992433
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan