Al-Hidayah
Kitab Al-Arbain Fi Usul Ad-Diin
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Kitab Al-Arbain Fi Usul Ad-Diin
Pintu-pintu kebahagiaan adalah ilmu dan amal. Kuncinya pula adalah kesungguhan dan tafakur. Sesungguhnya, jika orang bodoh melatih hatinya dan menguatkan jiwanya, kadangkala akan menemui sebahagian kedalaman ilmu jua. Akan tetapi, dia mendapatkannya hanya sedikit dalam tempoh yang lama, sehingga tidak mampu mendapat pengetahuan yang sepatutnya kecuali dengan hati yang bening seperti cermin yang bersih. Perkara itu dengan fitrah yang kuat dan tujuan yang benar. Kerana tabiatlah yang menghalang hati untuk mengenal Allah SWT. Sesungguhnya Allah membatasi antara seseorang dengan hatinya.
Empat perkara dibahas di dalam buku ini iaitu:
1. Prinsip Ilmu
2. Amal Lahiriah
3. Membersihkan Hati dan Akhlak Yang Tercela
4. Akhlak Terpuji
Keempat perkara ini dibahaskan dan di bawah setiap perkara itu ada 10 prinsip agama ke arah menyucikan hati dan mendapatkan akhlak yang terpuji.
Membicarakan tentang prinsip kehidupan yang syumul, ruang perbahasannya adalah sesuai untuk semua peringkat pembaca. Bukan sahaja memperolehi ilmu malah ilmu itu juga dapat kita kongsikan bersama saudara-saudara dan rakan-rakan kita. Semoga dalam setiap titis ilmu yang kita teguk ini akan sentiasa mendapat keberkatan Allah SWT dan semoga Allah sentiasa meneguhkan iman kita. Amin.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Prinsip ilmu dan kepentingan ilmu dalam mencapai kebahagiaan
- Amal lahiriah sebagai asas kehidupan beragama
- Penyucian hati dan pembentukan jiwa
- Mengenal serta menghindari akhlak yang tercela
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang ingin memahami asas kehidupan beragama
- Individu yang mahu memperbaiki hati dan akhlak
- Pelajar ilmu agama dan penuntut pengajian Islam
- Pembaca yang berminat dengan ilmu tasawuf dan penyucian jiwa
Maklumat Buku
- Penulis: Imam Al-Ghazali
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789839188349
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg