PEMBERIAN BAUCER TAMBAHAN

SILA TEBUS DI SINI

Reduced price! Natrah Expand

Natrah

UTM UTM

UTM

New

Penulis : Fatini Yaacob

More details

This product is no longer in stock

RM71.25

RM75.00

-5%

Tajuk : Natrah
Penulis : Fatini Yaacob
Harga : RM75.00
ISBN : 978-983-520-729-7

Sinopsis
Buku ini berkisarkan kisah Natrah atau nama sebenarnya Nadra Binti Ma'aruf atau Huberdina Maria Hertogh atau Bertha, anak Belanda. Beliau menjadi anak angkat kepada ibu Melayu yang bernama Che Aminah bind Mohamad yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

Nama Natrah muncul pertama kali dalam akhbar kerana perbicaraan perebutan hak penjagaan antara ibu angkat Melayunya dengan ibu bapa kandungnya di Belanda. Kesnya kemudian menjadi lebih besar, rumit dan mendapat perhatian masyarakat antarabangsa kerana Natrah berkahwin pada umur 13 tahun dengan seorang pemuda bernama Mansor Adabi, 22 tahun secara Islam kemudian dibicarakan bawah undang-undang sivil Inggeris.

Kesnya menjadi terkenal apabila berlakunya rusuhan berdarah di Singapura demi membela Natrah yang cuba dikristiankan dan membela Islam yang cuba dihina oleh akhbar propenjajah ketika itu.

Sebelum ini buku ini berbentuk tulisan kewartawanan berasaskan penyelidikan di perpustakaan dan di lapangan dan diterbitkan selama empat bulan melalui majalah Dewan Masyarakat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBF) pada bulan Februari, Mac, April, dan Mei 1989.

Kini kisah Natrah ini dirakamkan kembali dalam bentuk buku dengan gaya penulisan kewartawanan kreatif, kerana empat sebab yang utama:

Pertama : Untuk melengkapkan kisah hidup atau biografi Natrah setelah beliau meninggal dunia pada 8 Julai 2009.

Kedua : Untuk memberikan maklumat yang lengkap khusus kepada pembaca yang baru mengikuti kisah Natrah.

Ketiga : Untuk memberikan penghargaan terhadap perjuangan para pejuang membela agama dan menentang penjajah, di sebalik kisah cinta Natrah - Mansor.

Keempat : Untuk membangkitkan rasa cinta kepada agama, bangsa dan tanah air.

Write a review

Hadis Palsu & Daif Popular Dalam Masyarakat Melayu

Penulis : Dr. Rozaimi Ramle