PEMBERIAN BAUCER TAMBAHAN 15% 

SILA KLIK DI SINI

Reduced price! Isteri Seorang Pangeran Expand

Isteri Seorang Pangeran

Trop Publication Trop Publication

Trop Publication

New

Penulis : Amarilis Rahim

More details

This product is no longer in stock

RM25.65

RM27.00

-5%

Tajuk : Isteri Seorang Pangeran
Penulis : Amarilis Rahim
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-5289-82-8

Sinopsis
NAMAKU Rapunzell. Aku ni anak bongsu kepada Mak Dara Gengster aka Pengerusi Persatuan Mulut-Mulut Puaka Kampung Batu Laut. Tapi orang-orang kampung panggil aku ‘Ratu Pikatline’ dan ada juga yang panggil aku Ratu Sengal. Tapi sebenarnya aku bukanlah sengal sangat, Mak Dara lagi sengal!

SEJAK kecil, aku dibesarkan dengan cerita dongeng Rapunzel. Ya, mak aku fanatik dengan cerita Si Rapunzel. Hari-hari, mulutnya duk habaq kat aku... “Kalaulah ada pangeran yang muda, tampan, baik, kaya pulak duk berkenan kat Zel, mak suka habis. Macam dalam cerita dongeng Rapunzel tu. Kan last last dia nikah dengan pangeran!” Hang pa boleh bayang dak, perasaan aku setiap kali Mak Dara cakap macam tu? Menyampah baq ang!

SUATU hari, kepulangan Pak Su Leman bersama beberapa orang lelaki bertatu di kampung buat hidup aku jadi huru-hara. Disebabkan takut kena jual pada lelaki tu, aku telah memfitnah seorang mamat yang tak bersalah hingga kami dinikahkan secara ekspres malam itu juga. Siapa sangka mamat yang aku fitnah tu, lelaki kaya bak seorang pangeran biarpun beku dan kayu!
Kejutan lebih besar menanti bila aku pi KL untuk berjumpa dengan keluarga dia. Bak kata pepatah yang aku ubah ni, terlajak kereta boleh diundur. Terlajak nikah, nak buat macam mana? Namun, pesan Mak Dara... “Bila kamu jumpa je laki kamu tu, perkara pertama kamu kena buat, salam dan cium tangan dia!”

MAKA hiduplah aku sebagai isteri yang tak ketahuan orang ramai. Isteri kepada seorang Adika yang dihimpit Eldira selalu. Isteri kepada Adika yang ada musuh ketat iaitu Gohan! Isteri kepada Adika yang meragui status kami berdua...

DAN bermulalah, bilik aku di bawah dan bilik dia di tingkat atas. Bertemulah kami sembunyi-sembunyi!

Trop Publication

Write a review

Kau Yang Kutunggu

Penulis : Zaza Qry