Reduced price! CEO Tak Dijangka Expand

CEO Tak Dijangka

Suara Hati Publication Suara Hati Publication

Suara Hati Publication

New

Penulis : Norshiemah Md Yasan

More details

RM24.70

RM26.00

-5%

Tajuk : CEO Tak Dijangka
Penulis : Norshiemah Md Yasan
Harga : RM26.00
ISBN : 9789671620908

Sinopsis
Mamat jual burger kena jadi CEO? Biar betul! Hidup Hadif berubah 180 darjah apabila menerima wasiat daripada Tan Sri Hamdan. Masalahnya, tidak sampai sehari dia kenal lelaki itu. Oleh kerana mahu menyelamatkan pekerja Mentari Jingga, dia terima juga wasiat itu. Masalahnya, dia perlu berkahwin dengan Diana, anak Tan Sri Hamdan. Namun jika salah seorang berkahwin dengan orang lain, wasiat kedua akan dibacakan.

“Hei! Aku pun tak hingin la nak kahwin dengan kau!” – Diana.

“Hek eleh! Saya pun tak hingin nak kahwin dengan awak. Kenal pun tak tiba-tiba nak kena kahwin.” – Hadif.

Reisya, PA kepada Tan Sri Hamdan turut terkena tempias wasiat itu. Rumah Kasih yang amat disayangi telah bertukar tangan kepada Diana.

Demi kepentingan Rumah Kasih yang menempatkan tiga puluh anak yatim dan tidak mahu memikul tanggungjawab sebagai CEO, Hadif dan Reisya berkahwin.

“Kalau itu yang boleh pertahankan Rumah Kasih dan lepaskan Encik Hadif dari dunia ini… saya akur.” - Reisya.

Namun, Hadif tetap menjadi CEO Mentari Jingga walaupun wasiat kedua telah dibacakan. Hancur punah harapan Diana untuk mengusir Hadif dari Mentari Jingga. Dia yang hidup dalam dendam nekad untuk memporak-perandakan hidup Hadif dan Reisya

Suara Hati Publication

Write a review

Epilog 3 Naga

Penulis : Kaz Ishak