Reduced price! Minda Jutawan Gaya Trump Expand

Minda Jutawan Gaya Trump

PTS PTS

PTS

New

Penulis : Nazri Kadir, Shah Kadir

More details

This product is no longer in stock

RM14.25

RM15.00

-5%

Tajuk : Minda Jutawan Gaya Trump
Penulis : Nazri Kadir, Shah Kadir
Harga : RM15.00
ISBN : 978-967-369-143-2
Mukasurat : 168

Sinopsis
Kuasai minda kita dan kita boleh menguasai dunia. Memiliki minda jutawan pula mempercepatkan kejayaan kita menjadi jutawan. Trump adalah ikon dan personaliti terbaik yang memiliki minda jutawan. Buku ini membongkar kehebatan Minda Jutawan Trump.

- Kebebasan Kewangan
Orang miskin bekerja untuk wang, tetapi orang kaya mempunyai wang yang bekerja untuk mereka. Memiliki Minda Jutawan Trump membolehkan kita mencapai kebebasan kewangan. Harta kekayaan semakin bertambah dan hidup juga bebas daripada menjadi hamba kepada wang.

- Buat Apa yang Kita Suka
Jutawan hanya melakukan apa yang mereka suka. Buat apa yang kita suka dan duit akan datang menyusul. Hidup terlalu singkat untuk melakukan perkara yang kita benci. Prinsip Minda Jutawan Trump adalah; Lakukan apa yang kita cinta, atau cintai apa yang kita lakukan.

- Berjimat cermat
Trump hanya membeli produk yang terbaik dengan harga yang murah. Beliau mempunyai banyak duit tetapi tidak segan meminta harga barang dikurangkan serendah yang boleh. Trump hanya membuat keputusan yang terbaik bagi menjimatkan kos dan tidak suka membazirkan wang.

- Bunuh Penyangak Wang
Wang kita hilang tanpa disedari dan dikebas oleh penyangak wang. Bank adalah penyangak wang yang paling berkuasa dan musuh terbesar kita. Minda Jutawan Trump mampu mempergunakan bank sebagai senjata mencapai kekayaan.

“Apa yang anda impikan menentukan apa yang anda lakukan. Jika anda tidak mengimpikan sesuatu yang besar, anda tidak akan melakukan sesuatu yang hebat pun dalam hidup anda.”

- Trump
Miliki Minda Jutawan Gaya Trump dan capai kebebasan kewangan kita sekarang juga.

Write a review

Bacaan Dan Doa Ketika Solat

Penyusun : Khadimah Al-Ilm Al-Syarif