Klik Untuk Pembelian Di Shopee

Reduced price! Speak To Win Expand

Speak To Win (Edisi Bahasa Melayu)

PTS PTS

PTS

New

Penulis : Brian Tracy

More details

This product is no longer in stock

RM18.00

RM20.00

-10%

Tajuk : Speak To Win (Edisi Bahasa Melayu)
Penulis : Brian Tracy
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-369-109-8 
Mukasurat : 192

Sinopsis
Selama bertahun-tahun, pakar terkemuka dunia, Brian Tracy, menyampaikan lebih daripada 4,000 pembentangan dan bercakap secara personal kepada lebih 5 juta orang di 46 negara. Keupayaannya menyampaikan ucapan yang memenangi hati audiens dan komunikasi lisan yang efektif dalam membentangkan idea membantu mengubah hidup dan kerjayanya. Kini, dalam Speak to Win, Brian Tracy menunjukkan cara menguasai seni berucap terhebat. Gunakannya bagi mencapai matlamat yang hampir mustahil mahu dicapai!

Ini bukan rahsia lagi! Orang berjaya tahu apabila bijak bercakap ini membantu kita meraih penghormatan, menjadi aset berharga syarikat, mendapat bisnes baru, dan membantu mendapat perhatian orang berpengaruh yang boleh membuka pintu penting kepada kehidupan dan kerjaya. Selain daripada itu, keupayaan berucap dengan yakin kepada sebarang saiz ataupun jenis audiens adalah kunci utama bagi mendaki tangga profesional.

Di dalam Speak to Win, beliau mendedahkan teknik yang boleh digunakan bagi membentang dengan penuh mantap dan bercakap penuh persuasif. Pembentangan itu sesuai dalam perjumpaan formal ataupun di hadapan kumpulan besar manusia. Anda akan belajar bagaimana:

Tampil yakin, positif, dan tenang walau siapa pun audiens.
Raih perhatian audiens dari awal.
Menggunakan bahasa badan, prop, dan teknik vokal supaya audiens tertarik.
Beralih topik dengan lancar.
Menggunakan jenaka, cerita, petikan, dan soalan penuh skil.
Mengurus audiens yang skeptikal.
Menggulung dengan mantap dan jitu.

Buku ini menjangkaui asas bercakap dan berucap yang membawa anda kepada rahsia terhebat supaya kelihatan hebat semasa membentang serta membenarkan anda bukan sahaja berkomunikasi dengan efektif, malah menguasai skil menukar minda audiens mengenai subjek yang kritikal demi kejayaan anda.

BRIAN TRACY adalah speaker paling berjaya di dunia dan perunding pembangunan diri dan profesional, bercakap kepada lebih daripada 250 ribu orang setahun. Firmanya, Brian Tracy International berada di San Diego, rangkaian sekutunya merentasi Amerika Syarikat dan 31 negara lain. Beliau juga adalah penulis buku bestseller seperti The Power of Charm, Focal Point, Time Power, Create Your Own Future, Eat That Frog! dan Goals.

Write a review

Cintai Isteri Cara Rasulullah

Penulis : Isham Muhammad Asy-Syariff