Reduced price! Butterfly Expand

Butterfly

Prolog Prolog

Prolog

New

Penulis : Anna Lee

More details

RM26.60

RM28.00

-5%

Tajuk : Butterfly
Penulis : Anna Lee
Harga : RM28.00
ISBN : 9789671537091

Sinopsis
~Our Dirty Little Secret~

Mengapa sebuah rahsia itu disembunyikan, adakah kerana kebenarannya menakutkan?

Hidup Laikha sangat bahagia. Punya ibu bapa yang sangat penyayang membuatkan dia tak pernah kurang kasih sayang. Namun, semua itu hilang sekelip mata hanya keranasebuah kejadian dan sebaris kata.

Tragedi kebakaran rumah keluarganya membuatkan Laikha mula mempersoalkan kasih sayang ibu dan bapanya selama ini. Mengapa setenang itu bapanya menerima 'kematiannya'? Mengapa tiada air mata yang mengiringi 'pemergiannya'? Dan, yang paling mengecewakan Laikha, mengapa begitu mudah keluarganya menerima 'kematian' Laikha sedangkan dia yang
sebenarnya masih bernafas?

Kepercayaan Laikha pada ibu dan bapanya makin terhakis apabila satu persatu persoalan mula muncul dan jawapan kepada setiap persoalan itu membuatkan Laikha mula keliru dengan realiti sebenar.

Untuk mencari jawapannya, Laikha perlu menelusuri kisah silam ibu dan bapanya yang berselirat dengan rahsia hitam.

Tetapi, mampukah Laikha menerima semuanya? Atau dia perlu terus hidup dalam kepura-puraan yang tercipta?

Prolog

Write a review

Aku, Dia dan Pinky Promise (Extended Version : Step Back)

Penulis : Anna Lee