Reduced price! Siri Cerita Hantu : Puaka Pejabat Expand

Siri Cerita Hantu : Puaka Pejabat

Penerbit X Penerbit X

Penerbit X

New

Penulis : Mira Ishak, Mus Nasmian, Sabrina Ismail

More details

RM9.50

RM10.00

-5%

Tajuk : Siri Cerita Hantu : Puaka Pejabat
Penulis : Mira Ishak, Mus Nasmian, Sabrina Ismail
Harga : RM10.00
ISBN : 978-967-369-386-3

Sinopsis
Hafiz bangun dari kubikelnya untuk bertanya sesuatu kepada Sarah. Tetapi dia terpaku apabila melihat ada susuk lembaga putih sedang berdiri betul-betul di sebelah kubikel Sarah. Lembaga itu membalas pandangannya. Seolah-olah sengaja memunculkan dirinya untuk dilihat.

Berselendang merah dan hanya menutup sebahagian rambutnya yang panjang mengurai, lembaga itu pegun. Matanya lohong dan gelap sehingga jatuh ke pipi. Bibirnya hanya garisan hitam, berkedut-kedut di atas kulit mukanya yang putih seperti tepung. Tubuhnya terapung dan cahaya lampu yang suram di belakangnya membuatkan kakinya langsung tidak kelihatan.

Hafiz perlahan-lahan duduk. “Alamak, Cik Ponti!” Dia berteriak tanpa suara sambil menggigit kesemua jari-jemarinya.

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Penerbit X

Write a review

Siri Cerita Hantu : Puaka Pejabat

Siri Cerita Hantu : Puaka Pejabat

Penulis : Mira Ishak, Mus Nasmian, Sabrina Ismail