NAK BELI NOVEL?

NAK JIMAT?

NAK DISKAUN 10%?

Jika jawapannya YA, sila lengkapkan maklumat DI SINI

Cinta Mamat Sandwich Expand

Cinta Mamat Sandwich

Lovenovel Lovenovel

Lovenovel

New

Penulis : Arsya Aisya

More details

RM24.00

Tajuk : Cinta Mamat Sandwich
Penulis : Arsya Aisya
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0907-76-5

Sinopsis
Adif Arman lelaki yang tidak mempercayai cinta memilih kehidupan yang sederhana. Tiada yang istimewa dalam hidupnya sehinggalah hadir seorang gadis cantik, seksi dan menggoda. Tanpa sebarang isyarat gadis itu mula menghuru-harakan hidupnya.

Setiap tingkah Adhia Adamia menyakitkan mata dan hatinya. Tapi lebih menyakitkan apabila melihat si gadis bersama jejaka lain. Kerana berpegang pada kriteria calon pilihan bukanlah si seksi, maka sedayanya dia menolak. Namun kisah mereka seperti magnet. Makin ditolak menjauh, semakin mendekat.

Bagai janji sudah terpateri di lohmahfuz, kerana ingin melindungi Adhia, Adif memutuskan untuk menikahi gadis itu. Perhubungan jika dilandaskan ego pasti perjalanannya sukar. Cemburu membelenggu. Kasih yang hadir cuba diketepikan. Hingga akhirnya mereka diuji lagi.

Kehadiran Azril membuka lompong pada perhubungan mereka. Menghadirkan rasa curiga dalam hati Adif.

Bagi seorang isteri, Adhia tidak mengharapkan kata cinta daripada seorang suami, tapi hanyalah sebuah kepercayaan. Namun mahal harga untuk sebuah kepercayaan itu.

Saat kata hinaan dilemparkan, dia mahu teguh di sisi suaminya tapi hatinya bukanlah seteguh gunung Uhud. Walaupun dia mencuba, masih terasa sakit. Akhirnya dia memutuskan untuk mengundur diri.

Bagaimanakah akhirnya hubungan mereka? Mampukah Adif membina kepercayaan atas kesetiaan Adhia? Masihkah ego menjadi benteng kasih yang sudah mekar?

Write a review

Cinta Mamat Sandwich

Cinta Mamat Sandwich

Penulis : Arsya Aisya