Nia Aisha Expand

Nia Aisha

Kaseh Aries Publication Kaseh Aries Publication

CN

New

Penulis : Yumna Fariha

More details

RM30.00

Tajuk : Nia Aisha
Penulis : Yumna Fariha
Harga : RM30
ISBN : 9789672035923

Sinopsis
Bukan tak percaya pada cinta pandangan pertama, tapi bolehkah dia merasai perasaan itu? Satu kemalangan kecil yang berlaku di antara Nia Aisha dengan Mikael Zafran telah membuatkan Nia angau terhadap lelaki itu.

“Tengok muka pun dah tahu. Jalan tak guna mata. Main langgar aje!” - Mikael

“Rasa macam jodoh turun dari langit pula. Mungkin awak adalah cinta pandang pertama saya.” - Nia

Tak sangka pertemuan mereka bukan setakat di situ saja. Kerjasama yang terjalin antara mereka telah membuka peluang untuk Nia terus mendekati Mikael.

Di saat cinta mula bercambah di hati, cemburu mula menguasai diri. Sikap meluru Mikael membuatkan Nia mengalah untuk mendapatkan hati lelaki cinta pertamanya.

“Aku sepatutnya jauhkan diri dari kau. Aku jijik dengan kau, Nia!” - Mikael

“Sekarang saya dah faham. Saya perlu berhenti dari terus mengejar awak.” - Nia

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Saat kebenaran terbongkar, Mikael menyesal. Malangnya Nia sudah tawar hati untuk menerima Mikael.

“Saya nak awak batalkan perkahwinan awak tu dan kahwin dengan saya!” - Mikael

“Saya bukan jenis mudah nak sukakan orang balik.” - Nia

Dapatkah Mikael mendapatkan cinta Nia semula? Atau Nia sudah melepaskan cinta pertamanya begitu saja? Benarkah perpisahan itu ubat bagi setiap hati yang kecewa?

Kaseh Aries Publication

Write a review

Nia Aisha

Nia Aisha

Penulis : Yumna Fariha