Reduced price! Halyn Di Bawah Langit Barcelona Expand

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Kaseh Aries Publication Kaseh Aries Publication

CN

New

Penulis : Ann Hann

More details

This product is no longer in stock

RM26.60

RM28.00

-5%

Tajuk : Halyn Di Bawah Langit Barcelona
Penulis : Ann Hann
Harga : RM28
ISBN : 9789672035770
Mukasurat : 491

Sinopsis
‘Tinggalkan Kaizil. Tinggalkan London.’
‘Selepas ini awak akan lenyap tanpa khabar.’ Aart Harlan
‘Jadi, kau betul-betul tinggalkan aku. Kau mulakan semuanya di sini, di 70 East 10th Street dan lupakan semua janji kita di mana aku berada di situlah juga kau berada?’ Kaizil
Bila aku memilih untuk berdiam Kaizil melangkah menghampiriku, lebih dekat, begitu rapat sehingga haruman dari tubuhnya merebak.
Dia satu-satunya lelaki yang aku cintai dan apa yang menyedihkan dia juga sangat mencintaiku. Dulu. Sekarang perasaan itu hanya milikku sendiri. Halyn

Terusir ke New York walaupun adanya Hensen di sana, Halyn terdedah dengan ancaman dari seorang lelaki bernama Jorge. Tidak cukup dengan perpisahan, mereka menghukumnya dengan ugutan lalu membuatkan Halyn menjauhkan diri sehingga ke Barcelona, Sepanyol untuk cuba melupakan segalanya.
Bagaimanapun, ada pertemuan yang tidak disengajakan terjadi? Pertemuan yang akhirnya membawa Halyn dan Kaizil kembali ke London.
Tetapi sebagaimana New York menerimaku secara terbuka, lebih tenang, lebih senyap. Hakikatnya di London tidak begitu. Setelah beberapa bulan hidup bebas di New York, London tidak mengizinkan aku untuk bebas lagi. Sejurus berjalan berpegangan dengan Kaizil keluar dari kawasan ketibaan, awal-awal lagi aku dikejutkan dengan serbuan wartawan dan paparazi.
Benarkah kemunculan Halyn di London membuatkan kemarahan seseorang semakin memuncak? Halyn dalam bahaya. Adakah dia akan menerima nasib yang sama seperti Julia? Mampukah Kaizil menangani konflik yang memalitkan dirinya dalam berita sadis tentang ayahnya Aart Harlan.

Kaizil, aku tak mengenal cinta tanpa dia. Aku ini tidak lengkap tanpa dia. Jika segala-galanya telah lenyap dari hidupku suatu masa nanti, aku berdoa semoga cintaku yang satu-satu untuknya tidak akan turut lenyap. - Halyn

Kaseh Aries Publication

Write a review

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Penulis : Ann Hann